Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Konflik agama tak dapat selesai selagi mengelak'
Diterbitkan:  Sep 16, 2010 6:36 PM
Dikemaskini: 11:34 AM

Datuk Zaid Ibrahim berkata, isu-isu melibatkan konflik antara agama tidak dapat diselesaikan kerana pemimpin negara sering mengelak daripada menyelesaikan masalah berkenaan.

Zaid yang pernah menjadi menteri yang bertanggungjawab kepada undang-undang berkata, beliau terlibat dalam meminda Perkara 11 dalam Perlembagaan Malaysia.

Namun pindaan tersebut tidak dapat dijalankan memandangkan timbul banyak bantahan daripada pelbagai pihak.

pkr kb convention zaid ibrahim "Apa yang berlaku dengan (rang pindaan) tersebut? Majlis Raja-raja mahu KIV dahulu kerana terdapat bantahan daripada pelbagai pihak," katanya ketika bercakap dalam satu majlis dialog di kolej UCSI hari ini.

Namun, selagi masalah berkenaan tidak dapat diselesaikan, konflik antara agama dan konflik antara mahkamah sivil dan syariah akan terus menjadi penghalang kepada keharmonian kaum, kata Zaid ( atas ).

Malangnya, perkara itu terpaksa diserahkan kepada ahli politik di dalam kerajaan untuk menjalankan usaha berkenaan, katanya lagi.

"Sama ada mereka malas atau tidak mahu menghadapi (keadaan) tidak popular selepas itu. Sebab itulah kita perlukan pemimpin seperti (ahli parlimen PAS) Khalid Samad atau Hannah Yeoh yang berani untuk menjelaskan isu-isu seperti ini," katanya

Dalam satu lagi sesi dialog sebelum itu, bekas ketua hakim mahkamah persekutuan Datuk Gopal Sri Ram berkata beliau hairan mengapa hakim mahkamah sivil enggan mendengar kes yang melibatkan kuasa mahkamah syariah.

Sedangkan, mahkamah syariah tidak mempunyai kuasa untuk menafsir statut undang-undang, kata Gopal ( bawah ).

NONE "Saya tidak tahu mengapa apabila disebut saja mahkamah syariah, terus saja hakim-hakim di mahkamah sivil akan berasa takut," katanya ketika menyentuh interpretasi mengenai kebebasan beragama seperti termaktub dalam Perkara 11 Perlembagaan Malaysia.

Katanya lagi, mahkamah sivil mempunyai kuasa untuk menentukan bidang kuasa mahkamah syariah.

"Sebab mahkamah syariah adalah dicipta melalui statut, dan siapakah yang menafsir statut ini? Ia (tanggungjawab) mahkamah tinggi, mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan untuk menafsir statut (undang-undang).

Beliau berkata demikian dalam majlis yang dianjurkan secara bersama antara oleh International Institute of Avanced Islamic Studies (IAIS) dan Malaysian Institute of Development and Asian Studies (MIDAS).

Turut berucap dalam Kongres Kebangsaan Mengenai Integriti itu ialah menteri di jabatan perdana menteri Datuk Seri Idris Jala yang menyampaikan ucaptama sebelum itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS