Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nazri: Awang Selamat, siapa ketuamu?
Diterbitkan:  Sep 20, 2010 12:28 PM
Dikemaskini: 7:40 AM

Selepas mengkritik Utusan Malaysia , Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz hari ini mempertikaikan pula seorang kolumnis kontroversinya Awang Selamat sama ada beliau mempunyai ketua selain Datuk Seri Najib Tun Razak.

Nazri menegaskan sebagai seorang menteri, beliau akan mempertahankan kerajaan daripada dikritik walaupun oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri.

bar council debate on judicial commission 250407 nazri abd aziz "Sudah tentu, sesiapa sahaja tanpa mengira siapa yang mengkritik kerajaan, akan menerima serangan dalam tindakan saya mempertahankan kerajaan, sebagaimana yang telah saya lakukan ketika Tun Mahathir dan Tun Abdullah menjadi perdana menteri," katanya sambil menafikan anti-Mahathir.

Dalam kolumnya semalam, Awang Selamat mengkritik Nazri ( kanan ) kerana 'mempersoalkan' kesetiaan Utusan pada Najib - yang didakwanya menunjukkan menteri itu anti-Mahathir.

Awang Selamat juga mendakwa tindakan Nazri itu biadap dengan negarawan yang banyak berjasa, sekali gus menjelaskan mengapa tidak hairan akhbar Cina ghairah memperlekehkan Dr Mahathir.

Ini kerana, tambahnya, ada pemimpin Melayu sendiri yang membuka laluan.

Ibrahim Ali sememangnya bukan ahli Umno

Pada 15 September lalu, sebuah portal berita melaporkan Nazri mempersoalkan tindakan Utusan seolah-olah memperlekehkan gagasan Najib, menunjukkan akhbar harian itu lupa siapa ketua mereka yang sebenarnya.

Beliau dilaporkan bertanya sama ada akhbar milik Umno itu berkonspirasi mahu ‘menggantikan' beliau dengan Dr Mahathir.

"Saya tidak boleh faham Utusan. Siapa ketua mereka - Najib atau Dr Mahathir?" Nazri dipetik sebagai berkata.

azlan Dalam sepucuk surat terbuka yang disiarkan dalam portal portal berita hari ini, Nazri  berkata, walaupun Dr Mahathir adalah perdana menteri terbaik yang beliau pernah pernah berkhidmat, tetapi beliau juga ada banyak kekurangannya.

"Awang sewajarnya keluar daripada peredaran masa dan berhadapan dengan hakikat bahawa saya kini berada dalam kerajaan sebagai seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bukan sebaliknya," katanya.

Menurut Nazri, tidak sepertinya, Awang Selamat mungkin tidak tahu siapa ketuanya "kerana dia memperkecilkan dasar 1Malaysia yang dibawa perdana menteri dan mempromosikan perkauman sempit (Presiden PERKASA Datuk) Ibrahim Ali yang sememangnya bukan ahli Umno."

Bersopan kepada pembangkang

Beliau juga mengkritik Awang Selamat yang didakwanya "terperangkap dalam peredaran waktu"di mana ahli arlimen kerajaan bukan sahaja tidak melibatkan wakil rakyat pembangkang, malah membencinya dalam kebanyakan masa.

Bersopan kepada pembangkang adalah tindkaan tepat untuk diambil dalam amalan demokrasi kerana seperti saya mereka juga dipilih oleh rakyat

utusan on anwar cia stooge "Awang tidak pernah terfikir bagaimana lima ahli parlimen PKR boleh melompat ke kumpulan anggota bebas kalau bukan kerana kesopanan yang diperlihatkan oleh saya kepada mereka selaku Menteri Hal Ehwal Parlimen," tulis Nazri lagi.

Secara sinis, Nazri menambah: "Sudah tentu, Awang tidak akan faham kerana dia bukan sahaja tidak pernah menawarkan dirinya sebagai calon pilihan raya, tetapi juga pembaca tidak tahu siapa dia sebenarnya."

Sehubungan itu, Nazri menasihatkan Awang Selamat tidak mencampuri politik "dengan pengetahuan yang cetek dan sifar pengalaman", sebaliknya patut memberikan tumpuan untuk menaikkan edaran Utusan yang terus merosot.

"Kedudukan itu dengan sendiri menunjukkan prestasi dan standardnya yang rendah di mana Utusan terpaksa merujuk kepada laporan media alternatif elektronik baru sedangkan ia seharusnya bertindak sebaliknya," kata Nazri.

ADS