Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan PERKASA: Nurul Izzah disiasat polis
Diterbitkan:  Sep 22, 2010 3:04 PM
Dikemaskini: 11:14 AM

Ahli parlimen PKR Nurul Izzah Anwar akan disiasat mengikut Akta Hasutan berikutan laporan polis yang dibuat oleh  Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang menuduh beliau mempersoalkan hak Melayu.

nurul izzah interview 090910 Bercakap kepada pemberita di balai polis daerah Dang Wangi, Nurul Izzah berkata laporan yang dibuat pada 2 September lalu itu berhubung sebuah artikel yang ditulisnya di sebuah portal berita menggesa PERKASA supaya menggunakan pendekatan konstruktif berhubung interpretasi Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 153 memperuntukkan butiran mengenai hak dan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera.

Artikelnya itu yang berjudul 'The ultimate Malaysia debate: Malaysia or Malaysaja?' disiarkan pada 31 Ogos lalu.

“Saya bukan bertujuan mencari sokongan menerusi artikel saya dan secara kategori menyatakan sokongan saya terhadap perlembagaan - termasuk Perkara 153, instusi diraja, Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,” kata Nurul Izzah.

“Saya secara kategori menyatakan saya tidak pernah mencadangkan untuk menukar atau meminda Perkara itu dalam perlembagaan,” katanya hari ini.

"Sebaliknya, saya mencari ruang berwacana dengan PERKASA demi merungkai isu-isu utama yang berkait dengan hala tuju pembangunan serta masa depan negara.,"

Menurut Nurul Izzah, beliau disoal selama kira-kira 90 minit dengan

ditemani peguam Latheefa Koya dan diminta mengemukakan maklumat berhubung latar belakangnya, kandungan artikel itu dan tujuan ia ditulis.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS