Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ong: Saya yang tolak plat khas "MCA" untuk ahli
Diterbitkan:  Sep 22, 2010 6:22 PM
Dikemaskini: 10:28 AM

Bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini berkata, memo mengenai nombor pendaftaran kenderaan “MCA” dikhususkan untuk ahli parti MCA telah ditolaknya pada Mac lalu.

Justeru, kata beliau, isu itu tidak lagi berbangkit.

NONE Saya masih ingat, antara perkara-perkara di bawah perhatian saya yang ditolak termasuk memo ini," katanya ketika ditanya mengenai pendedahan memo berkenaan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, semalam.

Mengulas lanjut, Ong berkata, memo itu ditandatangani setiausaha sulitnya ketika beliau sedang bercuti kerana menghadapi masalah kesihatan pada Februari.

Bagaimanapun, katanya, ketika kembali bertugas pada bulan Mac, beliau yang meneliti semula memo berkenaan telah bertindak menolaknya kerana tidak bersetuju dengan cadangan itu.

"Selepas itu saya tidak tahu apa yang terjadi dengan memo tersebut," katanya sambil meluahkan rasa terkilan dan kesal dengan tindakan Kong yang mendedahkan memo itu tanpa merujuk kepadanya terlebih dulu.

Semalam, Kong menunjukkan sepucuk surat yang ditandatangani setiausaha sulit Ong kepada media sebagai menjawab kontroversi bahawa terdapat arahan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya pembukaan tender bagi nombor pendaftaran kenderaan bermula MCA 1 sehingga MCA 9999 dikecualikan.

police parliament blockade traffic jams in city area 140708 06 Sebaliknya, nombor pendaftaran itu yang sepatutnya dikeluarkan untuk kenderaan di negeri Melaka dikhususkan kepada ahli parti MCA.

Surat bertarikh 17 Februari 2010 itu ditujukan kepada ketua pengarah JPJ, Datuk Datuk Solah Mat Hassan.

Mengulas pihak yang mencadangkan perkara tersebut, bekas presiden MCA itu berkata: "Sebenarnya ada pihak tertentu yang mencadangkan plat MCA ini, dan saya nyatakan dengan jelas saya tidak bersetuju dengan perkara itu."

Ong juga kesal dengan sikap Menteri Pengangkutan sekarang yang seolah-olah mahu memperbesar-besar isu tersebut sedangkan beliau mempunyai kuasa untuk membatalkan sebarang keputusan yang dibuat menteri terdahulu.

- Bernama

ADS