Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar terkejut apabila ada cabang yang mencalonkannya bertanding jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan PKR November ini.

nurul izzah interview 090910 Beliau menegaskan demikian ketika diminta mengulas keputusan mesyuarat agung cabang PKR Keningau, Sabah minggu lalu, yang mencalonkan Nurul Izzah.

Cabang yang sama turut mencalonkan ketua PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim bertanding jawatan presiden.

"Saya dimaklumkan mengenai perkara itu sekretariat (pemilihan PKR)," kata Nurul Izzah dihubungi Malaysiakini hari ini.

Anak sulung ketua umum PKR itu berkata, beliau menghargai hasrat cabang tersebut yang mencalonkan beliau untuk jawatan berkenaan.

Bagaimanapun, Nurul Izzah menegaskan bahawa beliau hanya akan bertanding jawatan naib presiden.,

Sehingga ini, beliau berada dalam kelompok sepuluh calon yang mendapat pencalonan tertinggi sehingga ini.

Nurul Izzah mendapat 12 pencalonan - terbaru dari cabang Pensiangan yang bermesyuarat hari ini.

ADS