Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Vandalisme, teknikal, 7 cabang PKR ditangguh
Diterbitkan:  Sep 27, 2010 3:29 PM
Dikemaskini: 7:33 AM

Mesyuarat agung bagi tujuh cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) terpaksa ditangguhkan berikutan berlaku perbuatan vandalisme serta masalah teknikal, kata Setiausaha Agung parti Saifuddin Nasution.

pkr pc on party election 270910 03 Beliau berkata mesyuarat agung bagi cabang Klang, Kapar dan Kuala Langat terpaksa ditangguhkan apabila peti undi dipecahkan dan kertas undi ditabur di atas lantai.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya beliau berkata empat lagi cabang iaitu Petaling Jaya Selatan, Jerai, Merbok dan Kuala Nerus ditangguhkan atas sebab teknikal sehingga tidak membolehkan mesyuarat agung serta proses pemilihan diteruskan.

Ditanya mengenai punca kekecohan itu beliau mendakwa bahawa terdapat    perbuatan provokasi oleh kalangan tertentu dari bukan anggota parti yang mahu menimbulkan kekacauan dan memburukkan imej parti.  

"Di samping itu, terdapat keghairahan luar biasa di kalangan anggota parti untuk mengambil bahagian aktif dalam proses pemilihan parti yang memperkenalkan sistem pemilihan langsung tahun ini," katanya.

    

Saifuddin berkata jawatankuasa pemilihan pusat sedang menyemak dan meneliti laporan terperinci oleh pasukan pengawas yang bertugas dari seluruh negara termasuk dari cabang yang bermasalah.

pkr pc on party election 270910 02 Katanya, sejak 17 September lalu sehingga semalam, 159 daripada 166 cabang atau 96 peratus telah selesai mengadakan mesyuarat agung serta pemilihan masing-masing.

Beliau berkata daripada 159 cabang itu, jawatankuasa pemilihan pusat sedang meneliti aduan mengenai kekacauan yang berlaku di cabang Subang, Kota Raja dan Parit Sulong tetapi menganggap mesyuarat cabang berkenaan selesai berdasarkan laporan awal pasukan pengawas yang bertugas.

- Bernama

ADS