Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Meskipun usahawan Britain, Sir Richard Branson dibidas bertubi-tubi oleh penyokong kerajaan berhubung kenyataannya semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaliknya memilih untuk menyambut baik ‘nasihat’ jutawan itu.

rtm report on richard branson Semalam, Branson pada majlis khas forum Invest Asia 2010, anjuran International Herald Tribune di Kuala Lumpur dilaporkan berkata perbicaran liwat membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar  Ibrahim yang sedang berlangsung memberi kesan ke atas Malaysia dan menjauhkan pelabur dari negara ini.

"Saya tidak fikir kenyataannya itu bertujuan untuk campur tangan,” kata Muhyiddin pada satu majlis di Kuala Lumpur hari ini.

"Memang betullah jika tidak ada kes seperti itu, Malaysia akan jadi lebih menarik. Maka, biarlah mahkamah menentukannya...lebih cepat kes itu diselesaikan, lebih baik bagi kita.

Malaysia bebas

"Jika ditanya secara peribadi, jika saya mahu melihat kes ini terjadi dalam mahkamah Malaysia, saya tidak mahu ia berlaku di mahkamah Malaysia. Saya ingin agar Malaysia bebas daripada semua ini tetapi ini bukannya disebabkan oleh kerajaan," katanya.

muhyiddin pc 280910 01 Muhyiddin berkata beliau yakin pendapat Branson itu bukan bertujuan untuk mencampuri urusan dalam Malaysia sebaliknya bertujuan membantu inisiatif Malaysia.   

Katanya, beliau menghargai pandangan Branson bahawa Malaysia masih merupakan destinasi utama pelabur dan menganggap kenyataan usahawan itu sebagai nasihat untuk negara ini berkembang lebih maju.

"Ini sudut pandangan saya,” kata Muhyiddin.

Branson dilaporkan berkata semalam jika Malaysia lebih liberal, lebih ramai orang akan melabur di negara ini.

"Jika anda pemimpin yang berani, anda sepatutnya menghapuskan perkara seumpama itu yang merosakkan reputasi negara.

"Saya fikir ia bukan isu utama (perbicraan kes liwat Anwar) tetapi yang pasti ia bagaikan duri dalam daging. Saya berpendapat ini telah berlarutan agak lama. Ini tidak baik di luar negara,” kata Branson.

Dosa kering

Muhyiddin pada sidang medianya itu juga berkata tindakan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memburukkan imej Malaysia di Indonesia merupakan satu dosa kering.

NONE Katanya, Anwar bukan seorang pemimpin sejati kerana dia tidak bertanggungjawab terhadap apa yang dikatanya, malah sanggup berkata apa sahaja serta merosakkan imej negara hanya untuk meraih keuntungan politik.

"Apa yang disebut oleh Anwar Ibrahim ialah satu bukti beliau bersedia untuk berbohong dan berbuat sesuatu yang boleh rosakkan imej negara hanya untuk kepentingan dan tujuan politik dia sahaja," katanya ketika mengulas kenyataan Anwar di Jakarta yang menuduh media Malaysia yang menggalakkan persepsi negatif terhadap Indonesia.

Timbalan Perdana Menteri sebelum itu menyampaikan ucap utama pada forum International Herald Tribune di Kuala Lumpur.

Muhyiddin berkata media di Malaysia merupakan institusi yang bertanggungjawab dan tidak mengeksploitasi isu-isu.

Katanya, Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan yang baik di semua peringkat dan perasaan anti Malaysia yang timbul kebelakangan ini adalah dicetuskan oleh satu kumpulan kecil.

ADS