Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Si sepet, si kaki botol - kabinet kesal
Diterbitkan:  Sep 29, 2010 3:23 PM
Dikemaskini: Sep 30, 2010 2:39 AM

Jemaah Menteri hari ini mengarahkan Ketua Setiausaha Negara untuk menyiasat seorang pegawai kanan Biro Tata Negara (BTN) yang didakwa telah menghamburkan kata-kata perkauman ke atas masyarakat Cina dan India di negara ini, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

azlan "Apa yang kami mahu sekarang ialah satu laporan mengenai satu portal online, mendakwa timbalan pengarah membuat kenyataan berbaur perkauman.

"Kabinet telah meminta Ketua Setiausaha Negara untuk menyiasat mengenai perkara ini sebelum sebarang tindakan diambil," katanya kepada wartawan selepas mesyuarat kabinet di Putrajaya.

Dr Subramaniam berkata jemaah menteri secara umumnya kesal mendengar kata-kata yang didakwa dihamburkan oleh timbalan pengarah BTN, Hamim Husin pada sebuah majlis membabitkan Puteri Umno pada Isnin lalu.

Hamim didakwa menghina melabelkan rakyat Malaysia berbangsa Cina dan India sebagai 'si sepet mata dan 'si kaki botol'.

Hamim semasa sesi tertutup itu dilaporkan oleh portal berita the Malaysian Insider sebagai berkata adalah menjadi hak Melayu untuk memerintah negara dan menggesa mereka untuk bersatu mempertahankan hak mereka.

azlan “Hak Melayu adalah untuk memerintah negara. Melayu mesti bersatu menghadapi ancaman,” katanya.

Hamim juga didakwa berkata: “Melayu tidak boleh memerintah sendirian. Sebab itu kita berkawan dengan MCA dan MIC.

[Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa BTN telah menubuhkan jawatankuasa siasatan untuk menyiasat dakwaan tersebut.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah BTN Datuk Shagul Hamid Abdullah dalam kenyataan hari ini meminta orang ramai memberi ruang dan masa kepada jawatankuasa untuk menjalankan siasatan.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan tempoh yang akan diambil oleh jawatankuasa itu untuk menyelesaikan siasatannya.

   

Shagul juga meminta orang ramai supaya tidak terburu-buru menjatuhkan hukuman terhadap pegawai terbabit dan BTN sebelum siasatan selesai.

   

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, Hamim menafikan beliau ada mengeluarkan kenyataan seperti yang diterbitkan sebuah portal berita.

   

"Ucapan Hamim pada program tertutup itu hanya pandangan peribadinya dan bukan satu kenyataan rasmi dan tiada niat untuk menghina," kata Shagul.

ADS