Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala menafikan laporan bahawa beliau sedang mengetuai usaha kerajaan bagi memujuk penganut agama Kristian menghentikan penggunaan kalimah Allah.

Idris bagaimanapun tidak menyatakan sama ada beliau mempelopori cadangan agar perkataan 'Yahweh' sebaliknya digunakan.

NONE "Saya tidak pernah diminta oleh kerajaan untuk memujuk orang Kristian... saya seringkali ditanya pelbagai soalan tetapi hari ini kita bercakap mengenai ekonomi,” katanya ketika ditanya oleh wartawan pada persidangan SME di Kuala Lumpur.

"Hal gereja sepatutnya diserahkan kepada gereja. Saya berharap apa saya katakan di gereja dan doa saya tidak disiarkan,” kata pemimpin berbangsa Kelabit yang beragama Kristian itu.

Idris diminta mengulas laporan media yang menamakan beliau sebagai anggota gereja Sidang Injil Borneo yang prominen adalah sebahagian daripada kumpulan yang diarahkan oleh Putrajaya bagi menyelesaikan kemelut itu.

Menurut laporan itu, Idris mencadangkan penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut Kristian digugurkan pada persidangan gereja bulan lalu yang menghangatkan semula kontroversi berkenaan.

NONE Kerajaan telah mengharamkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Kristian termasuk kitab Injil yang dalam bahasa Melayu kerana perkataan yang sama digunakan oleh orang Islam untuk merujuk kepada Tuhan.

Pertelingkahan itu pada kemuncaknya  menyaksikan beberapa siri tempat ibadat di seluruh negara diserang dan dibakar.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS