Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Akses dokumen: Mahkamah beri keputusan 8 Okt ini
Diterbitkan:  Sep 30, 2010 7:15 PM
Dikemaskini: 11:18 AM

Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapatkan kenyataan saksi termasuk saksi utama Mohd Saifful Bukhari Azlan pada 8 Okt ini.

NONE Peguam SN Nair, yang mewakili ketua pembangkang itu, berkata beliau dimaklumkan mengenai tarikh keputusan itu oleh timbalan pendaftar Mahkamah Persektuan, Jumirah Marjuki, hari ini.

Pada 19 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan, menangguhkan keputusannya selepas mendengar hujahan dari peguam Anwar, Karpal Singh dan Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Anwar mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 Jun lalu dan Mahkamah Tinggi pada 12 Mei lalu menolak permohonan beliau utnuk memberikannya dokumen-dokumen tersebut.

Anwar mahukan semua kenyataan kerana beliau mendakwa bahawa terdapat percanggahan dalam keterangan Mohd Saiful Bukhari yang diperoleh semasa perbicaraan, dan pertuduhan liwat untuk menganiaya beliau (Anwar), yang boleh membawa kepada kemungkinan kredibiliti Mohd Saiful Bukhari di cabar.

- Bernama

ADS