Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Pucuk pimpinan mesti henti serang Zaid'
Diterbitkan:  Oct 1, 2010 3:28 PM
Dikemaskini: 10:13 AM

Walaupun dikritik pemimpin kanan partinya sendiri, pesaing bagi jawatan timbalan naib presiden PKR Datuk Zaid Ibrahim dilihat berjaya meraih simpati dan sokongan daripada wakil rakyat parti itu.

NONE Menurut Ahli parlimen Kapar S Manikavasagam ( kanan ), 'serangan' Naib Presiden Dr Lee Boon Chye terhadap Zaid berhubung isu kritikan terbuka kepada parti tidak sepatunya berlaku.

"Saya gesa pemimpin kanan parti seperti Dr Lee Boon Chye kekal tidak memihak dan berhenti mengeluarkan kenyataan menghentam pesaing lain, termasuk Zaid Ibrahim.

"Dr Lee kena sedar, beliau turut bersaing untuk jawatan tertinggi parti dan beliau patut tidak dilihat cuba berkempen untuk menang dengan mengugat orang lain," kata Manikavasagam yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

Dr Lee hari ini dilaporkan 'menyelar' Zaid yang didakwa menyimpang daripada haluan parti, ekoran aduannya kepada media tentang perjalanan pemilihan PKR.

Katanya, sebagai pengerusi PKR WIlayah Persekutuan dan anggota biro politik PKR, Zaid sepatutnya sedar bahawa beliau juga sebahagian daripada kepimpinan parti.

Dalam satu kenyataan hari ini, Manikavasagam berharap PKR memastikan fenomena itu tidak lagi berlaku sempena pemilihan cabang minggu terakhir (bermula esok) "supaya parti tidak menjadi modal ketawa" dalam negara ini.

"Saya juga menggesa semua orang memastikan pemilihan kali ini dijalankan dengan penuh bersih dan sopan.

"Kita tidak patut mengkritik jawatankuasa pemilihan berhubung tatacara pengendalian pemilihan jika kita sendiri tidak melaksanakan kerja dengan baik," katanya.

molly cheah 190505 mctc Dalam perkembangan berkaitan, pengerusi jawatankuasa pemilihan PKR Dr Molly Cheah berkata masalah logistik melibatkan beberapa cabang dalam pemilihannya sebelum ini telah diambil maklum supaya perjalanan selepas ini bertambah lancar.

"Pihak kami menggesa calon dan penyandang di peringkat cabang memberikan kerjasama penuh dengan sekretariat PKR dan sukarelawan terbabit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, berbeza dengan pilihan raya sebenar - yang mana calon biasanya hanya melibatkan dua calon - perjalanan pemilihan PKR lebih rumit kerana melibatkan pertandingan untuk memilih 46 calon untuk setiap cabang.

Memasuki pusingan terakhir, esok dan lusa, 38 cabang lagi akan mengadakan mesyuarat agung tahunnnya dengan pertandingan di 23 tempat - Selangor (14); Sarawak (4); Johor (2); Sabah (1); Kedah (1) and Pulai Pinang (1).

ADS