Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Siswa India tak cukup masa sambut Deepavali?
Diterbitkan:  Oct 2, 2010 6:04 PM
Dikemaskini: 10:54 AM

Pemuda MIC tidak puas hati kerana mendakwa mahasiswa keturunan India di beberapa universiti hanya mempunyai tiga hari untuk balik kampung merayakan Deepavali dan dan terpaksa kembali semula ke kampus untuk peperiksaan akhir semester.

Pengerusi biro pengajian tinggi Pemuda MIC, Mahaganapathy Dass berkata pihaknya menerima aduan mengenai perkara itu dari mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Kebangsaan, Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Malaysia Sabah.

"Kami rasa ini tidak adil dan pengurusan universiti tidak peka dengan perayaan kaum India," kata Mahaganapathy Dass dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, katanya, Pemuda MIC mahu tindakan diambil supaya cuti perayaan Deepavali diselaraskan supaya mahasiswa diberi peluang untuk balik kampung dan kembali ke kampus untuk peperiksaan akhir semester.

Sepatutnya, tambah beliau, pihak pengurusan peka semasa menyiapkan takwim tahunan universiti.

"Situasi yang sama juga berlaku di beberapa politeknik," tambahnya.

Sehubungan itu, katanya, biro tersebut akan menggesa Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengambil tindakan yang sewajarnya supaya perkara tersebut dapat diselesaikan segera.

ADS