Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umno KB turut sokong Ku Li calon Galas
Diterbitkan:  Oct 2, 2010 7:01 PM
Dikemaskini: 11:02 AM

Umno bahagian Kota Bharu menyokong cadangan supaya ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dipilih sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil DUN Galas.

Ketuanya, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata, Ku Li diyakini mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli parlimen dan juga ADUN sekiranya dipilih bertanding dalam pilihan raya kecil itu nanti.

Beliau berharap Tengku Razaleigh yang telah dipilih sebagai pengarah pilihan raya Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil DUN Galas

memikirkan perkara itu semasak-masaknya sekiranya dipilih sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu.

"Beliau tokoh politik yang disegani oleh rakyat," kata Mohd. Fatmi yang juga setiausaha politik perdana menteri.

Semalam, cadangan Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian supaya Ku Li menjadi calon BN di Galas turut mendapat perhatian

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilaporkan berkata, BN bersedia menimbangkan cadangan itu.

Sementara itu, BN Kelantan akan mula menggerakkan jentera pilihan rayanya Selasa depan bagi persediaan menghadapi pilihan raya kecil Galas.

Timbalan pengerusi badan perhubungan Umno negeri, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed akan menemui jawatankuasa Umno bahagian Gua Musang termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri serta pemimpin cawangan DUN berkenaan pada hari itu.

    

Mustapa yang juga timbalan pengarah jentera pilihan raya DUN berkenaan, akan menyelaraskan pembahagian kerja antara Umno negeri, bahagian, cawangan dan bantuan Umno dari setiap negeri.

Pilihan raya itu akan diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS Chek Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus.

    

Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) akan bermesyuarat Rabu ini untuk menetapkan hari penamaan calon dan pengundian untuk pilihan raya kecil itu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS