Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau menolak pencalonan untuk jawatan timbalan presiden daripada cabangnya kerana mendapati Datuk Seri Wan Azizah Ismail turut dinamakan untuk jawatan itu.

Khalid yang juga bekas pengerusi PKR Selangor berkata, beliau telah meminta supaya cabangnya Kuala Selangor mencadangkan Wan Azizah sebagai presiden tetapi sebaliknya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dipilih.

NONE "Bila terdapat pertandingan antara Wan Azizah dan saya, saya rasa Azizah lebih lama lebih pengalaman," katanya Khalid ( kanan ).

Tambahnya, keputusan itu tidak bermakna beliau menolak sepenuhnya pencalonan sebagai timbalan presiden.

"Saya nak tunjukkan, baguslah parti namakan Wan Azizah, tapi ini tak akan menyekat saya kalau saya nak bertanding timbalan presiden. Saya dah dapat lebih dua pencalonan (minimum)," katanya lagi.

Bercakap dalam sidang media di Kuala Selangor hari ini, Khalid berkata, beliau akan memutuskan pada 5 Oktober ini sama ada akan bertanding untuk jawatan tersebut atau tidak.

Setakat berita ini ditulis, Khalid kini telah mendapat empat pencalonan untuk bertanding jawatan nombor dua parti itu, di belakang Azmin Ali (98), Datuk Zaid Ibrahim (37), Mustaffa Kamil Ayub (17) dan Tian Chua (5).

Dalam perkembangan berkaitan, ketika peti undi ditutup pada jam 4 petang tadi, sekurang-kurangnya 1,400 kertas undi dikeluarkan. Cabang itu mempunyai 6,218 pengundi.

Untuk pertandingan di peringkat cabang, Khalid ditentang bekas ketua penerangan AMK Selangor Mazli Saring.

Seorang lagi pencabarnya ialah M Thamilvaanan @ Muhammad Kamilvaanan Abdullah.

ADS