Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kecewa dengan Koh, Lim letak jawatan penasihat
Diterbitkan:  Oct 4, 2010 4:03 PM
Dikemaskini: 10:31 AM

Penasihat dan bekas presiden Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik akan menulis memaklumkan kepada parti itu berhubung keputusannya.

gerakan agm 2006 lim keng yaik Katanya, beliau kecewa dengan cara presiden parti itu sekarang, Tan Sri Koh Tsu Koon menangani konflik yang melanda parti berkenaan.

"Beliau seseorang yang tidak suka campur tangan dalam menyelesaikan konflik kerana bimbang akan menyentuh perasaan orang lain,” katanya ketika menghadiri konvokesyen Universiti Terbuka Wawasan di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Lim, sikap Koh yang sentiasa ‘melepaskan tangan’ telah mendatangkan banyak masalah dalam parti.

Beliau berkata, surat peletakan jawatannya itu akan diserahkan kepada ibu pejabat parti Gerakan, esok.

umno general assembly day three 151106 keng yaik crowd Lim, yang menyerahkan kepimpinan parti itu kepada Koh pada April 2007, berkata beliau tidak berpuas hati dengan penggantinnya itu yang gagal mengambil tindakan proaktif dalam menyelesaikan banyak isu melibatkan Gerakan walaupun telah diberi pelbagai nasihat.

"Apakah hala tuju parti? Mungkin pengunduran saya ini akan menyedarkan beliau. Apa gunanya memberi nasihat kepada seseorang yang enggan mendengar," katanya kepada pemberita.

Katanya sebagai presiden, Koh perlu memikul tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah.

Lim menjelaskan bahawa beliau membuat keputusan untuk berundur selepas membaca laporan akhbar bahawa Koh enggan menghadiri mesyuarat agung luar biasa Gerakan Pulau Pinang bagi menyelesaikan isu melibatkan parti di negeri itu, sebaliknya memilih untuk hadir mesyuarat agung MCA pada 10 Okt ini.

NONE "Di manakah letaknya keutamaan beliau," katanya.

Lim berkata bahawa setelah menjadi anggota Gerakan selama 36 tahun, beliau amat sedih melihat masalah kepimpinan yang melanda parti itu di Pulau Pinang.

Beberapa anggota Gerakan di Pulau Pinang mahu supaya pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nam digantikan.

"Inilah punca kepada kemelut dalam parti. Ada satu atau dua pimpinan yang cuba mengukur sokongan kepada mereka," katanya.

ADS