Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Chua: Koh sepatutnya utamakan EGM Gerakan
Diterbitkan:  Oct 5, 2010 4:41 PM
Dikemaskini: 9:25 AM

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini meminta rakan sejawatannya daripada Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon supaya memberi keutamaan kepada mesyuarat agung luar biasa (EGM) Gerakan Pulau Pinang pada Ahad ini.

NONE Chua berkata Koh seharusnya berada di Pulau Pinang pada hari berkenaan dan bukannya menghadiri mesyuarat agung tahunan (AGM) MCA di Kuala Lumpur.

"Nasihat saya kepada beliau ialah, parti (Gerakan) memerlukan kebijaksanaan beliau untuk menyelesaikan isu berbanding dengan menghadiri AGM kami (MCA). Saya bukanlah cuba untuk bergurau atau menyinggung perasaan orang lain," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Chua mengulas kenyataan Koh yang tidak akan menghadiri EGM Gerakan Pulau Pinang Ahad ini memandangkan beliau terlebih dahulu telah menyatakan kesediaannya untuk menghadiri mesyuarat agung tahunan MCA pada hari yang sama.

azlan Keputusan bekas keua mnteri Pulau Pinang itu untuk tidak menghadiri msyuarat di Pulau Pinang kurang disenangi oleh beberapa pemimpin parti, termasuk bekas Presiden Tun Dr Lim Keng Yaik yang memutuskan untuk melepaskan jawatan sebagai penasihat parti itu semalam.

Keputusan luar jangkaan oleh Dr Lim itu telah menjejaskan parti, memaksa Koh supaya mengadakan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) malam ini di ibu pejabat parti berkenaan untuk membincangkan perkara itu.

EGM Gerakan Pulau Pinang diadakan oleh sekumpulan anggota parti yang menggelarkan diri mereka 'Suara Akar Umbi' dalam usaha mendesak usul tidak percaya terhadap Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nam.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS