Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Chua: MCA tak bermakna jika terus hilang kerusi
Diterbitkan:  Oct 5, 2010 6:52 PM
Dikemaskini: 11:02 AM

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memberi amaran kepada anggotanya bahawa kedudukan parti itu tidak ada makna jika MCA hilang lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum akan datang.

NONE Ketika memberikan nasihat kepada anggota parti untuk penyatuan dan terus bergerak, beliau berkata cabaran terbesar parti itu ialah bagaimana meyakinkan rakyat yang mereka wakili dan bukan kedudukan yang akan ditandingi pada pemilihan parti tahun depan.

"Kecuali MCA boleh bersatu, kita tidak boleh dapat sokongan kaum Cina. Parti kita hendaklah dalam keadaan baik. Rumah saya dalam keadaan baik dan bukan 100 peratus.

Tidak ada parti politik yang boleh mengatakan mereka 100 peratus dalam keadaan baik," katanya dalam temu bual dengan wakil media terpilih sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) parti itu akhir minggu ini.

"Mengabaikan Perlakuan Baik Hati"

Chua, yang mengambil alih kepimpinan parti itu pada Mac lalu berikutan satu pemilihan baru untuk menangani krisis kepimpinannya, menerangkan bahawa MCA sedang menghadapi apa yang dipanggil sebagai "Mengabaikan Perlakuan Baik Hati" selepas pilihan raya umum 2008.

azlan "Pada Mei 2008, apabila (Tan Sri) Ong Ka Ting mengumumkan beliau akan meletakkan jawatan sebagai presiden parti sehingga pemilihan parti pada Oktober 2008, tidak ada apa yang dilakukan dalam tempoh itu.

"Kemudian, keadaan yang sama terus berlaku selepas pemilihan parti sehingga Oktober tahun lalu," katanya.

Chua berkata pada pilihan raya umum akan datang, MCA akan meletakkan calon yang mempunyai peluang untuk menang tanpa mengira umur dan jantina mereka.

"Dalam pilihan raya umum, kita mahu calon yang boleh menang. Tidak ada makna meletakkan calon muda tetapi kita tahu kita akan tewas," kata beliau tetapi enggan mengatakan sama ada beliau sendiri akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

mca agm 070310 crowd 03 Dalam temu bual selama sejam itu, Chua berkata pemilihan parti yang dijadual diadakan tahun depan, mengikut perlembagaan parti, pemilihan parti hanya boleh ditangguhkan 42 bulan selepas pilihan raya umum.

"Tahun depan, kita ada hanya 32 bulan. Tidak ada masalah dengan pemilihan parti," katanya.

Beliau juga berkata cadangan mengenai pemilihan terus telah dibangkitkan dan dibincangkan dua kali dalam badan pembuat keputusan parti - majlis presiden dan jawatankuasa pusat - tetapi anggotanya merasakan ia tidak dapat dilaksanakan untuk pemilihan parti tahun depan disebabkan kesuntukan masa.

Pemilihan terus

"Bersetuju sebulat suara agar kita mengadakan pemilihan parti secara terus pada tahun depan, parti itu perlu bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum dan lebih banyak masa diperlukan untuk memastikan sistem itu teratur sebelum dijalankan.

NONE "Jika kita mahu pemilihan terus, kita perlu pinda perlembagaan kita, adakan EGM (mesyuarat agung luar biasa) dan dapatkan kelulusan daripada (ROS) Pendaftar Pertubuhan. Ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya lapan bulan," jelasnya.

Mengenai tahap moral di kalangan anggota parti sejak beliau mengambil alih kepimpinan parti pada Mac, Chua berkata anggota telah bersatu dalam keadaan tertentu.

"Pencapaian terbesar ialah semua bekerjasama dan parti itu bersedia menghadapi pilihan raya umum. Sejak enam bulan lepas, kita telah lakukan lebih daripada yang kita capai, kebanyakan mengenai isu pendidikan," katanya.

Pada peringkat akar umbi, beliau berkata anggota parti kini banyak beri sokongan dan ini boleh dilihat dengan jumlah anggota yang ramai hadir pada mesyuarat tahunan bahagian dan konvensyen negeri.

Sijil Peperiksaan Bersatu (UEC)

NONE Sehubungan itu, Chua berkata kepimpinan beliau sangat menumpukan kepada apa yang mereka mahu lakukan dan beberapa keputusan positif dapat dihasilkan seperti lebih banyak sekolah Cina akan mendapat bantuan daripada kerajaan mulai tahun depan.

Selain itu, beliau berkata mereka yang memiliki Sijil Peperiksaan Bersatu (UEC) boleh memohon pinjaman untuk melanjutkan pelajaran tinggi serta untuk ke kolej latihan perguruan.

"Di sini saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana membenarkan mereka dengan 9A+ dalam SPM diberikan biasiswa JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam)," katanya.

Katanya, setakat ini lebih 1,500 pelajar Cina mendapat biasiswa itu, jumlahnya lebih tiga kali ganda daripada bilangan sebelum ini.

ADS