Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
CWC Gerakan tolak peletakan jawatan Lim
Diterbitkan:  Oct 6, 2010 1:01 AM
Dikemaskini: Oct 6, 2010 5:01 AM

Jawatankuasa Pusat (CWC) Parti Gerakan malam semalam, memutuskan untuk menolak surat peletakan jawatan Tun Dr Lim Keng Yaik selaku penasihat parti yang dikemukakannya.

azlan Presiden parti Tan Sri Koh Tsu Koon berkata mesyuarat yang berlangsung selama kira-kira tiga jam bermula 7 malam semalam itu, sebaliknya memutuskan untuk meminta Lim mempertimbangkan semula keputusan itu.

"Ini adalah demi kepentingan dan perpaduan parti," katanya yang ditemui selepas mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu.

Bagaimanapun, Koh enggan mengulas lanjut isu tersebut.

Lim yang merupakan anggota Gerakan selama 36 tahun, menyerahkan kepimpinan parti kepada Koh pada April 2007.        

NONE Beliau mengumumkan perletakan jawatan sebagai penasihat parti itu secara mendadak semalam, kerana tidak berpuas hati dengan penggantinya (Koh) yang dikatakan gagal mengambil tindakan proaktif dalam menyelesaikan banyak isu melibatkan Gerakan, walaupun telah diberi pelbagai nasihat.

Turut hadir Ketua Wanita Datuk Tan Lian Hoe, Ketua Pemuda Lim Si Pin dan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nam.

- Bernama

ADS