Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gerakan WP sokong Koh, bidas Lim 'tak boleh pakai'
Diterbitkan:  Oct 6, 2010 12:24 PM
Dikemaskini: 11:28 AM

Gerakan Wilayah Persekutuan secara terbuka menyuarakan sokongannya kepada presiden parti, Tan Sri Koh Tsu Koon dan menolak dakwaan penasihat parti itu Tun Dr Lim Keng Yaik.

azlan Malah, bendaharinya, Alan Chan pergi menyifatkan Dr Lim "semakin berusia" dan seharusnya membiarkan pemimpin muda menerajui parti itu.

"Lim semakin berusia, kaedahnya tidak boleh pakai lagi. Biarkan generasi muda (memimpin parti)," katanya sambil menegaskan biarlah presiden yang menangai soal parti.

Secara kebetulan Dr Koh merupakan ketua Gerakan Wilayah Persekutuan. Beliau bagaimanapun tidak hadir dalam sidang akhbar tersebut.

Chan mengulas tindakan Lim meletak jawatan sebagai penasihat parti dan mengecam kepimpinan Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Beliau berkata pemimpin atasan sememangnya bertanya pendapat dan nasihat daripada Lim tetapi tidak semestinya semua nasihat itu perlu diambil dan diikuti sebaliknya perlu dinilai terlebih dahulu.

NONE Setiausaha Gerakan Wilayah Persekutuan, Dr Wong Ruen Yuan pula berkata Gerakan Wilayah Persekutuan menyokong penuh kepimpinan Koh kerana telah memberi peluang kepada golongan muda untuk menjadi pemimpin yang berdedikasi di bawah kepimpinannya.

"Sebelum dia jadi presiden parti, mesyuarat bulanan hanya dua bulan sekali tetapi sekarang di bawah kepimpinannya, setiap bulan kami ada mesyuarat," katanya.

Mengenai krtikan Lim terhadap Koh kerana memilih menghadiri perasmian mesyuarat agung MCA daripada menghadiri mesyuarat agung luar biasa Gerakan Pulau Pinang yang membincangkan isu kepimpinan parti di negeri itu, Wong berkata Koh mungkin ada sebab-sebab tertentu berbuat demikian.

"Dr Koh bukannya takut untuk (pergi) seperti mana Dr Lim kata. Ini bukan soal takut tapi soal menghormati mesyuarat tersebut," katanya

[Baca berita penuh]

ADS