Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr Mahathir dijadual pulang ke KL hari ini
Diterbitkan:  Oct 8, 2010 10:47 AM
Dikemaskini: 3:36 AM

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual pulang ke Kuala Lumpur tengah hari ini dengan menaiki sebuah pesawat khas.

Pesawat berkenaan dijangka berlepas dari Lapangan Terbang Tullamarine di Melbourne, kira-kira jam 3 petang (1 tengah hari waktu Malaysia).

mahathir mohamad hari raya open house Dr Mahathir dimasukkan ke Hospital Epworth di Melbourne Sabtu lalu kerana jangkitan di dada.

Beliau dibenarkan keluar dari hospital pada Selasa dan kemudiannya berehat di sebuah hotel.

Bekas Perdana Menteri, yang diiringi isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, dijadual berucap kepada pelajar Malaysia dalam sebuah bengkel di sini pada Sabtu namun dibatalkan selepas beliau sakit.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed menggantikan Dr Mahathir pada seminar itu.

Seorang pembantu kepada Dr Mahathir, ketika dihubungi mengesahkan bahawa beliau akan pulang ke tanah air lewat hari ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS