Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kunjungi Malaysiakini di pameran kerjaya JobStreet
Diterbitkan:  Oct 8, 2010 6:07 PM
Dikemaskini: 10:48 AM

Mulai hari ini hingga Ahad ini, portal berita bebas terulung di negara ini - Malaysiakini - menyertai pameran kerjaya JobStreet selama tiga hari di Dewan Pameran MidValley, Kuala Lumpur.

Gerai Malaysiakini menyediakan maklumat mengenai persekitaran unik kerjaya di portal berita tersebut serta individu-individu di belakangnya.

Pengurus sumber manusia Gheeta James berkata, penyertaan Malaysiakini dalam pameran kerjaya itu adalah sebahagian daripada polisi pengembangannya, bagi membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang berminat. Malaysiakini kini mempunyai 70 kakitangan.

NONE " Malaysiakini telah wujud sejak lebih 10 tahun lalu. Kami sedang

mencari mereka yang bersemangat dan berbakat untuk menyertai keluarga tenaga kerja kami.

"Kami ingin mempromosikan syarikat, jenama kami dan menarik lulusan baru serta veteran dalam industri ini, termasuk wartawan, editor, penyunting, pereka-letak, juruvideo, kakitangan pemasaran, perniagaan dan IT," kata Gheeta.

Pengurus pemasaran kumpulan Malaysiakini , Mohan Raj juga akan menyampaikan ceramahnya mengenai kemampanan perniagaan di talian.

Gerai Malaysiakin i terletak di Dewan 1 di Zon Hijau.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS