Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Persoal titah Sultan Johor: Hindraf dikecam
Diterbitkan:  Oct 9, 2010 3:04 PM
Dikemaskini: 7:09 AM

Pemuda Umno Johor hari ini mengecam kenyataan Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy yang mempertikaikan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berhubung kedudukan Melayu dan raja-raja Melayu, lapor Utusan Malaysia Online .

p waythamoorthy in united nations geneva Ketua Pemuda Umno Johor Bahru, Khaled Mohamad berkata, kenyataan Waytha itu melalui laman web Free Malaysia Today adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan kerana ia jelas mempersoalkan kuasa yang ada pada raja-raja Melayu.

“Kita akan meminta kerajaan supaya menghalang Waythamoorthy (yang kini melarikan diri di luar negara) daripada memasuki Malaysia dan pada masa sama menutup laman web Free Malaysia Today kerana ia merupakan satu ancaman kepada keselamatan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan demonstrasi aman bersama kira-kira 200 orang bagi membantah kenyataan pengerusi Hindraf itu, di Terminal Pengangkutan Awam Larkin, di Johor Bahru hari ini.

Turut hadir, Ketua Pemuda Umno Bahagian Gelang Patah, Noorhisham Ismail dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Pulai, Zaimi Ismail.

majlis raja raja rulers council 300609 2 Khalid berkata, demonstrasi berkenaan diadakan sebagai usaha untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat supaya jangan sekali-kali mempersoalkan kuasa raja dan mempertikaikan hak serta keistimewaan orang Melayu.

Beliau juga mengingatkan masyarakat agar jangan membuat andaian sendiri serta mempertikai titah yang dikeluarkan oleh raja-raja Melayu kerana ia seolah-olah mencabar institusi beraja yang telah lama wujud di negara ini.

“Hak istimewa serta kuasa raja adalah sesuatu yang telah termaktub dalam perlembagaan dan kami tidak mahu ada mana-mana pihak mengganggu institusi ini terutamanya Kesultanan Johor,” tegasnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS