Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PUSPAL: Konsert Adam Lambert boleh diteruskan
Diterbitkan:  Oct 11, 2010 5:40 PM
Dikemaskini: Oct 12, 2010 2:13 AM

Konsert sulung 'Adam Lambert Glam Nation Tour Live in Malaysia 2010' boleh diteruskan dengan syarat ia menepati garis panduan yang telah ditetapkan oleh Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Ketua Penolong Setiausaha Puspal, Mohd Dian Nais berkata antara syarat yang ditetapkan ialah pakaian artis yang tidak keterlaluan serta artis terbabit tidak melakukan kelakuan melampau seperti membuka pakaian ketika membuat persembahan.

azlan Beliau berkata penganjur konsert itu, Marctensia Entertainment dan syarikat rakaman Sony Music, telah diberikan penerangan mengenai peraturan lain yang perlu dipatuhi termasuk jarak 7.5 meter antara pentas dan penonton.

"Seperti sebelum ini kita telah menghentikan konsert Akon di Sunway Pyramid kerana artis tersebut telah menunjukkan kelakuan tidak sopan dengan membuka bajunya ketika membuat persembahan," katanya kepada Bernama di pejabatnya di Kuala Lumpur hari ini.

Akon merupakan penyanyi dari Amerika Syarikat yang membuat persembahan berkonsepkan R&B, Hip-Hop dan Pop.

Konsert Adam Lambert akan diadakan Khamis ini di Stadium Putra Bukit Jalil.

Terdahulu, Mohd Dian menerima memorandum bantahan terhadap penganjuran konsert tersebut daripada Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Azman Shapawi Abdul Rani.

--Bernama

ADS