Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri Sumber Manusia Datuk S Subramaniam berkata satu akta baru akan digubal bagi menggantikan Akta Majlis Penetapan Gaji 1947.

NONE Katanya, langkah berkenaan akan dibuat memandangkan penetapan gaji minimum melalui akta tersebut akan mengambil masa lama dan melalui proses yang rumit.

"Dalam hal ini, KSM dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara akan menggubal satu akta baru mengenai gaji minimum," katanya ketika berucap merasmikan Forum Gaji Minimum di Kuala Lumpur hari ini.

Bercakap dalam sidang media selepas itu, Subramaniam berkata beliau akan mengemukakan perkara itu bagi perbicangan awal di mesyuarat kabinet pada Jumaat.

Ketika ditanya, beliau berkata rang undang-undang baru itu dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada sesi akan datang.

Katanya lagi, setakat ini masih belum ada kadar minimum yang ditetapkan namun pelbagai cadangan telah dikemukakan, termasuk daripada MTUC dan kerajaan Selangor.

azlan Bentuk pelaksanaannya juga masih diteliti -- sama ada ditetapkan had gaji minimum mengikut sektor, ataupun mengikut wilayah.

"Kita tak putuskan lagi nak lihat dari segi sektor atau keseluruhan. Kalau kita lihat dari segi nasional, ia akan libatkan semua sektor.

"Kalau kita lihar dari segi sektor, akan ada kadar berbeza daripada satu tempat dengan tempat lain dengan mengambil kira kos sara hidup setempat.

Kehilangan pekerjaan

"Kita akan buat kajian lebih terperinci dan mendalam untuk tengok mana sistem yang paling baik untuk negara kita," katanya lagi.

NONE Tambahnya, kajian juga perlu dibuat untuk memastikan Malaysia kekal kompetitif walaupun dengan melaksanakan gaji minimum.

Terdahulu, dalam ucapannya Subramaniam berkata penetapan kadar gaji yang lebih tinggi daripada kadar gaji pasaran mungkin akan melibatkan pekerja kehilangan pekerjaan mereka.

"Berikutan peningkatan kos buruh, kos menjalankan perniagaan juga akan turut meningkat.

"Seandainya majikan gagal menyerap peningkatan kos buruh, ia akhirnya akan menjejaskan daya saing negara secara keseluruhannya," katanya.

civil servants government workers Tambahnya, kadar itu juga perlu mematuhi undang-undang antarabangsa dan mengambil kira kebajikan golongan kurang upaya.

"Dari segi perundangan antarabangsa kita tidak boleh mempunyai diskriminasi gaji di antara pekerja tempatan dan luar.

"Oleh itu apa juga keputusan kita buat akan libatkan semua pekerja tidak kira pekerja asing atau tempatan," katanya.

ADS