Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Warisan Merdeka - satu lagi pencakar langit di KL
Diterbitkan:  Oct 15, 2010 4:31 PM
Dikemaskini: 8:32 AM

Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang  dijadual siap pada 2020, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita berasa sungguh bangga kerana ke mana sahaja kita pergi, semua orang mengetahui tentang Menara Berkembar Petronas.

    

Satu lagi mercu tanda yang akan dibangunkan oleh Permodalan Nasional Bhd  ialah Warisan Merdeka, yang dijadual siap pada 2020," katanya semasa membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

     

Menara itu akan menjadi menara tertinggi di Malaysia. Projek itu akan mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara sebagai warisan negara.

     

Kos projek berjumlah RM5 bilion, dengan menara dijangka siap pada 2015.

- Bernama

ADS