Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tol empat lebuh raya PLUS tidak naik untuk 5 tahun
Diterbitkan:  Oct 15, 2010 5:34 PM
Dikemaskini: 9:55 AM

Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Ekspressway Berhad tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang, berkuatkuasa serta-merta.

plus highway sg besi 180205 aerial view 01 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, keputusan itu dibuat kerana kerajaan amat prihatin terhadap rakyat yang terpaksa menanggung kos pengangkutan yang semakin meningkat.

Beliau menegaskan demikian ketika membentang bajet 2011 di Dewan Rakyat petang ini.

Di samping itu, katanya kerajaan juga komited untuk memastikan akses kepada kesihatan berkualiti dapat dinikmati segenap lapisan rakyat.

Berikutan itu, tambahnya, kerajaan memperuntukkan RM15.2 bilion bagi membina hospital baru, menambah bilangan doktor dan jururawat serta mendapat bekalan ubata dan peralatan perubatan.

Di samping itu, kata perdana menteri, klinik 1Malaysia yang kini berjumlah 51 buah, akan ditambah sebanyak 25 buah lagi.

ADS