Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Cukai jualan telefon mudah alih dimansuh
Diterbitkan:  Oct 15, 2010 5:35 PM
Dikemaskini: 1:34 PM

Kerajaan bercadang mengecualikan cukai jualan untuk telefon mudah alih, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

NONE "Bagi mengharmonikan  layanan cukai ke atas "Personal Digital Assistant" (PDA) dengan "Global System Mobile" (GSM) dan telefon mudah alih biasa, kerajaan mencadangkan telefon mudah alih dikecualikan daripada cukai jualan," kata Najib yang juga Menteri Kewangan semasa membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Pada masa ini, telefon mudah alih biasa tertakluk kepada 10 peratus cukai jualan sedangkan PDA dan GSM, yang juga berfungsi sebagai telefon mudah alih, diberikan pengecualian cukai menerusi Perintah (Pengecualian) cukai jualan 2008.

Oleh itu, layanan cukai jualan ke atas telefon mudah alih dan peralatan lain mungkin berfungsi sebagai telefon mudah alih seperti PDA dengan GSM, tidak sama.

   

ADS