Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ibrahim Ali akan dibedah esok pagi
Diterbitkan:  Oct 17, 2010 2:17 PM
Dikemaskini: 8:49 AM

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang kerana masalah jantung akan dibedah esok pagi.

"Alhamdulillah keadaan stabil, (beliau) sedang rehat untuk pembedahan esok pagi," kata ketua Wira NGO Melayu itu Arman Azha Abu Hanifah.

171010 perkasa presiden ibrahim ali hospital khairy jamaluddin Semalam, Timbalan Presiden PERKASA Datuk Abdul Rahman Abu Bakar berkata selepas dimasukkan ke hospital semalam, keadaannya stabil dan hospital hanya membenarkan anggota keluarga untuk melawat Ibrahim.

Beliau berkata selepas membuat pemeriksaan akibat tidak sihat sejak tiga minggu lalu, Ibrahim dinasihatkan supaya segera membuat pembedahan.

Sementara itu, menulis dalam laman Facebook, Arman Azha memberitahu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin - yang pernah 'bertingkah' dengannya di media - turut mengambil peluang menziarahinya.

Dalam perkembangan berkaitan, PERKASA hari ini dijadual akan mengadakan solat hajat dan doa selamat di De Palma Hotel, Ampang pada jam 6.30 petang ini berhubung perkara itu.

ADS