Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kerajaan dalam proses mengambil tindakan terhadap dua pengetua yang didakwa mengeluarkan kenyataan rasis di Johor dan Kedah dua bulan lalu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

Mempertahankan kerajaan daripada dakwaan melambat-lambatkan perkara itu, beliau menegaskan bahawa perkara itu perlu dibuat  mengikut proses sewajarnya bagi memuaskan hati pelbagai pihak.

Walaupun ada pepatah menyebut biar lambat asal selamat, perkara tersebut tidak berlaku kerana ia pertama kali berlaku, katanya ketika menjawab soalan parlimen hari ini.

Menjawab soalan tambahan daripada Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), Nazri menjelaskan bahawa kerajaan telah mengantung kerja dua pengetua daripada sekolah di Kulai dan Bukit Selambau.

Katanya, kerajaan telah melakukan sebaik mungkin untuk berlaku adil kepada semua pihak kerana semua bukti yang dikumpul boleh dipakai.

Sebagai contoh, tambahnya. kes di Johor melibatkan banyak saksi yang mempunyai kenyataan berbeza-beza.

Sebubungan itu, oleh kerana pegawai yang menyiasat perlu menapisnya terlebih dahulu, sudah tentu perkara itu akan memakan masa, kata Nazri lagi.

[Berita penuh menyusul]

ADS