Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Budak terkorban, 2 hilang bot berlanggar dekat Bintulu
Diterbitkan:  Oct 18, 2010 7:23 PM
Dikemaskini: Oct 19, 2010 2:19 AM

Dikemaskini Seorang budak perempuan disahkan terkorban, dua lagi hilang manakala 17 dilaporkan selamat dalam kejadian bot ekspres berlanggar dengan sebuah kapal tunda di hulu Sungai Anap dekat Bintulu kira-kira jam 2.30 petang ini.

   

Ketua Pasukan Gerakan Marin (PGM) Sarawak ACP Taib Sabot berkata berdasarkan kepada maklumat daripada mangsa yang selamat, ketika kejadian terdapat 20 orang dalam bot ekspress komersial itu termasuk pemandu.

   

Bercakap kepada Bernama di sini, beliau berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang masih lagi giat dilakukan oleh pasukan PGM dengan bantuan pasukan Polis Gerakan Am (PGA) dan penduduk tempatan.

   

Katanya, keadaan cuaca gelap memaksa operasi SAR kini lebih tertumpu ke lokasi kejadian.

- Bernama

ADS