Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Liwat II: Laporan asal pemeriksaan gagal dikemuka

Kes perbicaraan liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersambung semula hari ini, dengan peguam bela, Karpal Singh menyoal-balas pakar bedah am Hospital Kuala Lumpur, Dr Mohd Razali Ibrahim.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dikejutkan dengan pendedahan seorang doktor pakar bedah am, bahawa wujud  sebuah laporan pemeriksaan awal terhadap pengadu utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan tetapi laporan itu tidak dibentangkan di mahkamah.

NONE Menurut Dr Razali ( kiri ) beliau pernah mengendalikan dua kes liwat sebelum kes ini tetapi ini kali pertama dia diminta hadir memberi keterangan.

Katanya, Saiful diperiksa oleh doktor-doktor HKL untuk selama tiga jam dan sepanjang masa berkenaan pegawai penyiasat DSP Jude Pereira hadir bersama.

Beliau berkata doktor yang bertugas mencatatkan sejarah perubatan Saiful dan ada pada satu ketika pegawai polis itu juga menceritakan apa yang berlaku.

Dr Razali Ibrahim juga mengesahkan bahawa  doktor-doktor pakar yang memeriksa Saiful antara 28 Jun sehingga 13 Julai 2008  menyediakan laporan awal mengenai hasil pemeriksaan itu.

"Kami (Dr Mohd Razali, Dr Khairul Nizam dan Dr Siew) memeriksa pesakit (Mohd Saiful) pada 28 Jun 2008, pada pukul 9 malam dan menamatkan pemeriksaan itu tiga jam kemudian, pada pukul 12 tengah malam," katanya.

NONE Disoal Karpal sama ada laporan itu diminta oleh pihak atasan, Dr Razali menjawab “ya”.

Beliau juga berkata laporan polis Saiful terdapat dalam fail berkenaan. Namun semua tiga doktor berkenaan masih belum melihat laporan itu, ketika mereka menyediakan laporan masing-masing.

Karpal: Pada 28 Jun 2008 pemeriksaan dijalankan. Antara 28 June 2008 dan 13 Julai, terdapat satu lagi laporan dalam tempoh masa itu?

Dr Mohd Razali: Laporan pemeriksaan dan sejarah pesakit.

Karpal: Jadi laporan sejarah itu lebih terperinci dalam laporan ini?

Dr Mohd Razali:

Saya tidak ingat.

Ditanya Karpal sekiranya Dr Mohd Razali boleh tampilkan laporan itu kepada mahkamah kerana ia amat penting kepada pihak pembelaan, pakar bedah itu menjawab laporan itu boleh didapati di HKL, tapi dia tidak tahu di mana laporan itu sekarang.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Zaibidin Mohamad Diah kemudian mengarahkan Dr Razali untuk mendapatkan laporan berkenaan.

Ketua pendakwaraya Datuk Yusof Zainal Abiden berkata beliau tidak tahu menahu mengenai laporan pemeriksaan awal terhadap Saiful yang dimaksudkan oleh Dr Razali.

azlan “Ini kali pertama saya mendengar mengenainya,” beliau memberitahu mahkamah.

Beliau kemudian memaklumkan kepada mahkamah bahawa Dr Siew mempunyai salinan laporan itu yang tidak ditandatangan.

Karpal menjawab bahawa salinan yang tidak bertandatangan tidak membawa sebarang kesan, dan beliau mahukan supaya salinan yang bertandatangan sebagaimana yang dinyatakan oleh Dr Mohd Razali, ditampilkan.

Karpal kemudian memohon laporan perubatan yang pertama yang disediakan oleh ketiga-tiga doktor berkenaan selepas mereka merawat Saiful pada 28 jun. Laporan itu disediakan sebelum laporan bertarikh 13 Julai yang ditenderkan kepada mahkamah.

Perbicaraan kes liwat ini kemudiannya  ditangguhkan sehingga esok bagi membolehkan pihak pendakwaan mengesan laporan perubatan awal berkenaan.

Di luar mahkamah, Anwar mendakwa pihak pendakawaan menipu mengenai wujudnya laporan perubatan awal.

Seorang lagi, peguam Anwar, Sankara Nair berkata Mohd Saiful menjalani pemeriksaan awal pada 28 Jun dan satu laporan awal disiapkan tetapi tidak diketengahkan kepada mahkamah.

sankara nair bukit aman teresea kok isa arrest pc 170908 01 Apa yang dikemukakan oleh pendakwaraya adalah hanya laporan yang memuatkan hasil pemeriksaan oleh Dr Razali dan dua pakar lain iaitu Dr Khairul Nizam dan Dr Siew Sheue Feng yang dibuat pada 13 Julai.

 

“Pemeriksaan awal telah dijalankan pada 28 Jun dan kami pasti wujud nota-nota mengenai lalar belakang perubatan Saiful dan hasil wawancara dengan beliau, “ kata Sankara.

Sankara berkata laporan awal itu penting untuk membuat perbandingan mengenai maklumat yang terkandung dalam laporan perubatan yang dikemukakan kemudian kepada mahkamah.

Beliau menyifatkan maklumat tertentu dalam laporan perubatan yang dibentangkan  di mahkamah agak terbatas, contohnya  sejarah perubatan Saiful dinyatakan sepintas lalu menerusi dua perenggan.

Selain Dr Razali, dua lagi doktor yang akan disoal-balas adalah  patologi forensik Dr Siew Sheue Feng dan pakar bedah Dr Khairul Nizam Hassan.

Dua pakar dari Australia - profesor yang mengkaji jenayah dan pakar forensik, Dr David Wells serta pakar DNA Dr Brian McDonald - juga hadir bagi membantu pasukan pembelaan di Mahkamah Tinggi hari ini.

NONE Pada sesi terakhir 14 Oktober lalu, Dr Siew, saksi ketiga memberi keterangan bahawa pengadu utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan memaklumkan kepadanya bahawa dia diliwat oleh seorang individu berprofail tinggi tanpa menggunakan kondom.

Dr Siew juga berkata siasatan awal menunjukkan tiada tanda-tanda kecederaan di badan mahupun di kawasan dubur Saiful.

Katanya, sampel daripada empat calitan kapas menunjukkan kehadiran air mani. Calitan kapas itu diambil dari sekitar kawasan dubur iaitu bahagian atas, bawah dan juga peri-anal.

"Ini menunjukkan ada kesan tusukan zakar berikutan penemuan sampel air mani lelaki,” katanya.

Anwar, 63, yang merupakan Ketua Pembangkang itu sedang dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd Saiful, bekas pembantu peribadinya yang berusia 25 tahun, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di Kuala Lumpur di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

[Baca berita penuh]

ADS