Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Walaupun penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Galas hanya berlangsung pagi ini, tetapi persaingan sengit telahpun bermula  di pihak PAS dan BN untuk membina kredibiliti calon masing-masing.

NONE Dalam hal ini, BN dilihat telah mengambil pendekatan yang lebih agresif. Menginsafi kelemahan mereka dalam pilihan raya sebelum ini, BN menggunakan media dalam talian sebagai medan kempen Galas.

Dua blog sudahpun dibangunkan untuk calonnya, Abdul Aziz Yusof oleh sekretariat penerangan media baru Umno – 1galas.wordpress.com dan suaragalas.wordpress.com.

Abdul Aziz juga sudah mula menyentuh isu-isu setempat di dalam DUN Galas. Bagaimanapun, beliau hanya memilih untuk mengulas isu yang bakal memberi kelebihan kepadanya.

Antaranya ialah isu penerokaan tanah di kawasan penempatan Orang Asli di Pos Brooke melalui program Ladang Rakyat yang diusahakan kerajaan negeri.

NONE “Masalahnya, tanah mereka diambil oleh kerajaan negeri untuk Ladang Rakyat. Ini yang jadi isu besarnya. Mungkin kita akan bawah isu ini.

“Air (sungai yang digunakan Orang Asli) pun jadi keruh sebab Ladang Rakyat,” katanya dalam satu sidang media di Bilik Gerakan BN semalam.

Di sisi PAS, calonnya Dr Zulkefli Mohamad pula setakat ini dilihat masih belum dapat menonjolkan dirinya kerana masih perlu berhadapan dengan isu peribadi.

Baru saja PAS mengumumkan Dr Zulkefli pada Jumaat lalu, beliau sudahpun dipaksa berhadapan dengan dakwaan bahawa beliau pernah melakukan khalwat – satu dakwaan yang boleh menyebabkannya kehilangan banyak undi.

NONE Beliau telahpun menafikan dakwaan tersebut, malah berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap portal Umno Online – media rasmi Umno yang menyiarkan dakwaan itu.

Sebagai parti yang sering bercakap soal memperjuangkan Islam, PAS secara lazimnya tidak akan meletakkan calon yang bermasalah dari segi moral.

Namun, PAS bertegas untuk menamakan Dr Zulkefli sebagai calonnya dalam pilihan raya kecil ini. Keyakinan yang ditunjukkan itu memberi gambaran bahawa Dr Zulkefli telahpun lulus satu ujian untuk pencalonannya.

NONE Walaupun pencalonan rasmi hanya berlaku pada hari ini, beliau sudahpun mula bertemu dengan pengundi. Antaranya ialah melalui satu program di daerah pengundian Pulai pada malam semalam, walaupun sekadar untuk bersalaman dengan para hadirin serta tetamu yang hadir.

Namun program makan malam yang turut disertai dua Nik Abdul Aziz dan penasihat DAP Lim Kit Siang itu nampaknya mendapat sambutan yang menggalakkan. Semua 55 buah meja di restoran itu habis ditempah bagi menjayakan program amal berkenaan.

Calon BN, Abdul Aziz bagaimanapun masih perlu berdepan dengan kenyataan bahawa beliau ketinggalan jauh di belakang dari segi kelayakan akademik, berbanding Dr Dzulkefli.

NONE Perkara ini bagaimanapun dipandang mudah oleh pemimpin tertinggi BN. Saranan yang diberikan – sokongan perlu diberi kepada BN dan bukannya berdasarkan kelayakan SPM Abdul Aziz.

Dijelaskan, BN lebih mampu membawa pembangunan ke negeri ini, seperti yang boleh dilihat dalam pelancaran Projek Perumahan Rakyat

Malah, kata timbalan pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan persekutuan parti itu mampu menyediakan peruntukan pembangunan untuk Kelantan berjumlah sehingga RM7 bilion, jauh lebih besar daripada belanjawan kerajaan Kelantan sendiri.

NONE Bagaimanapun, “roh keikhlasan Umno” dalam menyalurkan bantuan itu, seperti yang dibangkitkan setiausaha Umno Kelantan dalam Perhimpunan Agung Umno yang baru berakhir hujung minggu lalu, nampaknya masih belum dapat dilihat.

Persoalannya, mengapa perlu menunggu sehingga berlaku pilihan raya kecil untuk melancarkan projek-projek pembangunan tersebut?

ADS