Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamad menolak spekulasi bahawa calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Galas, Abdul Aziz Yusof tidak begitu diterima di kalangan pemimpin bahagian Umno Gua Musang sendiri.

azlan Spekulasi itu tercetus apabila Tengku Razaleigh Hamzah yang juga pengarah pilihan raya kecil BN bagi DUN Galas, tidak menunggu lama dan difahamkan telah beredar sebelum calon BN diumumkan sah bertanding 4 November ini.

Sebelum itu, Tengku Razaleigih yang juga ahli parlimen Gua Musang hadir mengiringi calon BN itu ke pusat penamaan calon.

Bagaimanapun, Mustapha berkata isu itu tidak ditimbulkan ketika beliau bertemu dengan Tengku Razaleigh pagi ini.

"Saya jumpa dia tadi, bukan masalah 'infighting' (dalam bahagian) ke apa. Tak ada, tak ada, tak ada," katanya ketika ditemui Malaysiakini di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.

Beliau ditanya demikian memandangkan Tengku Razaleigh tidak kelihatan di lokasi khas yang disediakan untuk para kenamaan dari BN.

NONE "Pagi tadi beliau (Tengku Razaleigh) yang memimpin (kumpulan penyokong) BN. Beliau ada (bersama kita) hingga lebih kurang pukul 10.30 pagi.

"Ku Li buat keputusan untuk bersama dengan rakyat (penyokong) di luar (pusat penamaan)," katanya.

Ditanya sekiranya Tengku Razaleigh pulang ke rumah, Mustapha berkata: "Dia berehatlah. Ini biasa, semua dah selesai dah, tak ada masalah."

Mustapha juga berkata, Tengku Razaleigh memainkan peranan besar sebagai ahli parlimen paling kanan di Malaysia dan juga sebagai pengarah pilihan raya kecil ini.

"Tapi kita BN yang banyak berjasa untuk rakyat dan calon wakili (parti) BN, bukan individu," katanya lagi.

ADS