Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemuda PKR: Chegubard tinggalkan Shamsul 100 undi
Diterbitkan:  Nov 1, 2010 12:10 PM
Dikemaskini: 8:04 AM

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Badrul Hisham Shaharin mendahului Ketua Pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin dalam perebutan kerusi nombor satu dalam sayap itu dengan kelebihan 104 undi sahaja.

azlan Berdasarkan keputusan rasmi daripada kesemua 68 cabang yang dimuatkan dalam laman web PKR, Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard mendapat 1,123 undi manakala Shamsul sebagai penyandang mendapat 1,029 undi.

Bagaimanapun, bagi kerusi timbalan, berlaku perkembangan menarik apabila regu Shamsul, Khairul Anwar Zainuddin mendapat 1,214 undi meninggalkan regu Badrul, Chang Lih Kang yang mendapat 833 undi.

Sementara itu, pemilihan bagi sayap Wanita PKR pula menyaksikan penyandangnya Zuraida Kamaruddin terus di depan dengan undi sebanyak 1,160.

Ahli parlimen Ampang itu diekori Animah Ferrar dengan 408 undi dan Suraya Sudin dengan 403 undi.

Manakala bagi timbalan ketua Wanita PKR pula, Asmah Abd Kadir mendapat 414 undi dan exco kerajaan Selangor Rodziah Ismail jauh mendahului dengan 1400 undi.

ADS