Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PAS mempertahankan tindakannya beri 'duit tambang' kepada pengundi luar DUN Galas, walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggapnya satu perbuatan sogokan.

Pengarah pilihan raya PAS Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, PAS sebenarnya berbuat demikian untuk membantu SPR meningkatkan peratusan keluar mengundi dalam pada 4 November nanti.

Beliau berkata demikian hari ini ketika mengulas kenyataan timbalan pengerusi suruhanjaya itu Datuk Wan Ahmad Wan Omar sebelum ini yang berkata, pemberian wang berkenaan boleh disifatkan sebagai pemberian sogokan bagi tujuan membeli undi.

Wan Ahmad pada Sabtu berkata, perbuatan tersebut menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Bercakap dalam sidang media di markas PAS hari ini pula Abdul Halim turut mengulangi bahawa langkah berkenaan adalah untuk meningkatkan peratusan keluar mengundi.

"Kita dah baca undang-undang pilihan raya. Mereka sebut Seksyen 10 tapi tidak baca Seksyen 15. Ada kelonggaran (dalam peruntukan itu).

"Kita sebenarnya nak menolong (SPR). Kita hendak lihat lebih ramai orang keluar mengundi. Apa sebab kita hendak buat benda ini? Saya tak kenal seorangpun daripada pengundi luar ini.

"Lagipun ini semua akan dikendalikan oleh pihak ketiga, bukan kita (PAS)," katanya lagi.

[Baca berita penuh]

ADS