Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hillary jumpa mahasiswa, NGO di UIA
Diterbitkan:  Nov 2, 2010 3:05 PM
Dikemaskini: 9:10 AM

Setiausaha negara Amerika Hillary Clinton melawat Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Kuala Lumpur ketika pentadbiran Barrack Obama sedang berusaha untuk memupuk hubungan dengan Malaysia yang  majoriti penduduknya Muslim.

Dalam pertemuan di Institut Antarabangsa untuk Pemikiran dan Tamadun Islam - sebuah badan pemikir yang berpusat di UIA - beliau menjawab soalan mengenai dasar luar negara Amerika yang disiarkan di televisyen pagi ini.

Para hadirin termasuk kebanyakannya mahasiswa serta anggota pertubuhan sivil.

NONE

Hillary dijadual mengadakan perbincangan hari ini dengan Menteri Luar Negeri Datuk Anifah Aman serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bagi pihak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tidak sihat.

Seorang pegawai kerajaan Malaysia, yang tidak mahu namanya disebut, berkata Hillary juga dijadual menemui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menghadiri tuduhan liwat, dan berdepan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Pembantu Anwar pula berkata mereka menjangkakan pertemuan tersebut, tetapi pegawai Amerika berkata ia tidak tersenarai dalam jadual lawatan Hillary.

Malaysia merupakan persinggahan kelima dalam jadual lawatan Hillary ke Guam, Vietnam, China dan Kemboja. Beliau juga akan melawat Papua New Guinea, New Zealand, Australia dan Amerika Samoa.

[Baca berita penuh]

ADS