Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nazri: Kes 'dua SD' PI Bala ditutup
Diterbitkan:  Nov 3, 2010 6:58 PM
Dikemaskini: 11:14 AM

Pihak berkuasa telah menutup kes terhadap penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang didakwa memberikan kenyataan palsu dalam akuan sumpahnya (SD).

NONE Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata keputusan menutup kes itu dibuat selepas "pertimbangan yang teliti" terhadap hasil siasatan polis dan kenyataan para saksi.

Katanya, walaupun ada percanggahan antara dua SD Balasubramaniam, tetapi ia tidak sama sekali menjejaskan perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Lagi pun, katanya, Balasubramaniam dipercayai masih bersembunyi di luar negeri.

NONE Mohd Nazri menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dibangkitkan, ketika menggulung Rang Undang-undang Bekalan 2011.

Katanya, siasatan terhadap Balasubramaniam dilakukan mengikut Seksyen 199 Kanun Keseksaan kerana memberikan kenyataan palsu.

Menurut undang-undang, mereka yang disabit melakukan kesalahan itu berdepan dengan hukuman maksimum tiga tahun penjara dan denda.

Dipercayai siasatan terhadap Balasubramaniam dijalankan selepas dia menarik balik SD pada Julai 2008, yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam pembunuhan Altantuya.

Balasubramaniam juga melarikan diri ke luar negeri sejurus selepas berbuat demikian.

[Baca berita penuh]

ADS