Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menara 100 tingkat: Khalid perjelas kenyataannya
Diterbitkan:  Nov 9, 2010 12:41 PM
Dikemaskini: 7:42 AM

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Selangor sedia kerjasama dengan persekutuan untuk membangunkan Lembah Klang, tetapi tidak menyokong projek meja seperti Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat di ibunegara.

Beliau menulis demikian dalam laman sosial facebook bagi menjelaskan mengenai laporan awal yang menyebut beliau sebagai menyokong pembinaan menara berkenaan.

Khalid dilaporkan berkata demikian dalam sesi soal jawab ketika menjawab soalan Adun Bangi Dr Shafie Abu Bakar dalam sidang DUN Selangor.

Menteri Besar membuat penjelasan tersebut dalam facebook sejurus selepas berita mengenainya disiarkan.

Dalam ucapan bajet di Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengkritik pembinaan menara tersebut. yang disifatkanya sebagai 'tidak mendahului kepentingan rakyat'.

Cadangan pembinaan menara tersebut diumumkan olehPerdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2011 bulan lalu.

Ia merupakan sebahagian daripada pelan pembangunan semula 'Greater Kuala Lumpur' yang akan dilaksanakan oleh kerajaan pusat, yang turut membabitkan Selangor.

Bagaimanapun, cadangan pembinaan menara yang bakal menelan belanja RM5 bilion itu tersebut mendapat bantahan banyak pihak.

Sementara itu, bercakap dalam satu sidang akhbar tengahari tadi, Khalid menjjelaskan bahawa beliau tidak mengatakan yang beliau menyokong pembinaan menara 100 tingkat itu, tetapi sebaliknya menggesa supaya diadakan debat mengenai perlunya projek mega seperti itu.

Jelasnya, dalam usaha bersama untuk membangunkan Malaysia,

kerajaan Selangor Selangor bersetuju untuk bekerjasama dengan kerajaan pusat untuk merancang dan melaksanakan pelan pembangunan Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Sebaliknya, jelas Khalid, beliau berkata terdapat juga perdebatan tentang menara 100 tingkat itu.

"Kita perlu berdebat mengenai keperluan dan kesesuaian membina bangunan 100 tingkat ini, bukan menyokong sepertimana yang dilaporkan ... Saya menyokong pelan Greater KL dan Lembah Klang," tegasnya.

 

ADS