Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Semua ADUN BN P Pinang keluar dewan
Diterbitkan:  Nov 10, 2010 5:35 PM
Dikemaskini: 9:49 AM

Semua sepuluh ADUN  BN bertindak keluar dewan sebagai sokongan kepada Datuk Roslan Saidin (BN-Pinang Tunggal) yang diarah keluar kerana berdegil enggan menarik balik perkataan "pengecut" yang ditujukan kepada Speaker.

Roslan semalam melabelkan Speaker Datuk Abdul Halim Hussain sebagai "pengecut" pada akhir perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2011.

NONE Bercakap kepada pemberita di luar dewan, Roslan berkata beliau berasa kecewa dengan arahan Timbalan Speaker, Datuk Tan Hock Leong hari ini yang disifatkan sebagai tidak adil kerana beliau tidak diberi peluang  menjelaskan insiden perkataan "pengecut" itu.

"Saya menafikan bahawa perkataan itu dikeluarkan dalam waktu persidangan DUN semalam. Saya hanya mengeluarkan perkataan itu selepas Speaker mengumumkan persidangan DUN semalam ditangguhkan," katanya.

Menurutnya, beliau diarah oleh Speaker supaya keluar dewan semalam kerana membincangkan hal tentang Perbadanan Bukit Bendera.

    

NONE "Hari ini, Timbalan Speaker pula yang mengarahkan saya menarik balik perkataan tersebut atau meminta maaf sedangkan saya telah diarah untuk keluar dari dewan malam tadi," kata Roslan ( kanan ).

Pada persidangan pagi tadi seorang penyokong kerajaan RSN Rayer (DAP-Seri Delima) meminta dewan mengambil tindakan terhadap Roslan kerana mengeluarkan perkataan  "pengecut" terhadap Speaker semalam.

Pemangku Ketua Pembangkang di dewan itu, Datuk Seri Hilmi Yahaya (BN-Teluk Bahang), berkata tindakan Speaker itu tidak wajar dan tidak harus dilakukan terhadap ADUN BN.

"Saya rasa dewan ini tidak begitu adil terhadap wakil rakyat pembangkang dan kami berasa  tidak ada apa-apa manfaat lagi untuk duduk dalam dewan," katanya.

Umno mempunyai 11 wakil dalam dewan itu. Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga), yang juga Ketua Pembangkang, telah dikenakan tindakan gantung selama enam bulan setelah Jawatankuasa Kebebasan dan Hak mendapati beliau bersalah kerana membangkit isu sensitif dan berusur hasutan pada persidangan yang lalu.

NONE Hilmi berkata wakil rakyat BN akan membuat keputusan sama ada untuk menghadiri atau tidak persidangan DUN bagi  penggal ini yang tinggal dua hari lagi.

"Kami rasakan dewan telah tidak berlaku adil kepada kami, tiada makna lagi untuk kami membahas Bajet 2011," katanya.

ADS