Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zahid: ATM tak pernah ada prasangka kaum
Diterbitkan:  Nov 10, 2010 7:08 PM
Dikemaskini: 11:26 AM

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak pernah ada prasangka kaum dalam pengambilan anggotanya dan oleh itu tidak timbul persoalan bukan Melayu kurang semangat patriotisme, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

ahmad zahid hamidi Katanya rakyat daripada semua kaum boleh menyertai ATM dan berpeluang menyandang jawatan berpangkat tinggi.  

"Sebagai buktinya, ada beberapa Jeneral dalam Tentera Darat, dua Jeneral dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan satu Jeneral dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di kalangan bukan Melayu pada masa ini," katanya selepas melawat pameran pertahanan Indo Defence di Jakarta hari ini.

Ahmad Zahid berkata ATM juga memberi peluang yang sama kepada golongan bumiputera dari Sabah dan Sarawak untuk menyandang jawatan tinggi dan pada masa ini ada beberapa pegawai di kalangan bumiputera dari Sabah dan Sarawak yang menyandang pangkat Jeneral.

military tentera askar soldier malaysia 260307 survival training Beliau menjelaskan bahawa jawapannya di Dewan Rakyat semalam mengenai faktor-faktor rendahnya penyertaan bukan Melayu dalam ATM dibuat berdasarkan dapatan kaji selidik ilmiah.

    

Dapatan kaji selidik itu menyebut bahawa penyertaan rendah di kalangan bukan Melayu terutama kaum Cina dan India berkemungkinan disebabkan kekhuatiran terhadap disiplin yang ketat, ganjaran yang kurang berbanding swasta, tiada galakan daripada keluarga dan semangat patriotisme yang belum cukup tinggi, katanya.

Ahmad Zahid berkata Kementerian Pertahanan dan ATM menghargai penyertaan bukan Melayu dalam pasukan tentera dan sentiasa mencari jalan untuk menambah penyertaan mereka melalui kempen-kempen yang dijalankan.

military tentera askar soldier malaysia 260307 starburst missile "ATM buat jerayawara ke sekolah-sekolah, persatuan-persatuan dan pusat komuniti bukan Melayu untuk menggalakkan mereka menyertai tentera," katanya.

Ahli parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran semalam mempertikai jawapan Ahmad Zahid di Parlimen dan menuntut Menteri Pertahanan itu memohon maaf di Dewan Rakyat kerana menyebut kemungkinan semangat patriotisme yang belum cukup tinggi sebagai salah satu faktor kurangnya penyertaan bukan Melayu dalam ATM.

Ketika itu Ahmad Zahid telah meninggalkan Dewan Rakyat.

- Bernama

ADS