Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Desakan Datuk Zaid Ibrahim terhadap ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan naib presiden Azmin Ali supaya keluar daripada parti itu adalah 'luar biasa', kata seorang pemimpin PKR Pulau Pinang.

lim guan eng koh tsu koon penang land scandal issue 220409 law choo kiang

Sebaliknya, timbalan pengerusi penerangan PKR negeri, Law Choo Kiang berkata usaha 'gigih' dua pemimpin tersebut, telah membina kekuatan parti dan berjaya merampas empat negeri dalam pilihanraya umum lalu.

"Sebuah parti yang telah dibina sejak sekian lama, tidak boleh runtuh akibat perebutan kuasa dalaman kerana Keadilan adalah sebuah parti yang memberi kebebasan kepada ahli-ahlinya menyuara perbezaan pandangan," kata Law (kiri).

Beliau yang juga ADUN Bukit Tambun berkata, ahli parti itu harus bersikap sopan ketika menyuarakan pandangan dan menggunakan saluran parti untuk menyatakan rasa ketidakpuas hati mereka.

Zaid mengumumkan keputusannya menarik diri daripada persaingan jawatan timbalan presiden, melalui blognya Isnin lalu. Dalam sidang akhbar pada hari berikutnnya, Zaid mendesak Anwar dan Azmin berundur kerana mendakwa mereka menjadi punca masalah dalam parti itu.

Beliau juga kecewa dengan proses pemilihan langsung pucuk pimpinan PKR yang didakwanya tercemar dengan penyelewengan dan penipuan.

[Baca berita penuh]

 

ADS