Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kelab penyokong Pakatan Rakyat Selangor membidas pengerusi Umno bahagian Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar berhubung serangannya ke ats pentadbiran negeri itu yang dikaitkan dengan penyelewengan membabitkan majlis jamuan makan tengahari RM300,000 oleh Yayasan Selangor.

"Kenyataan Noh adalah palsu dan berbentuk provokatif yang bertujuan memburuk-burukkan imej kerajaan negeri,” kata ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafiei pada sidang media di dewan undangan negeri hari ini.

NONE Baginya, Noh yang juga timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Selangor cuba berlagak seperti wira bagi menaikkan imejnya di mata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan harapan dapat dinaikkan pangkat.

"Jika dia mahu tumpuan PM supaya dilantik sebagai pengerusi perhubungan Umno Selangor, banyak cara lain untuk berbuat demikian,” kata Shuhaimi.

“Tak perlu ambil kesempatan seperti ini. Nasihat saya jangan menangguk di air keruh.

ng suee lim Shuhaimi dan ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim, yang juga hadir sebaliknya, meminta Noh untuk menjaga hal ehwal Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang beliau adalah menterinya.

"Beliau masih belum jawap berhubung masalah pengagihan baja kepada petani di selutuh negara,” kata Suhaimi.

NONE Ng pula berkata masalah berkenaan serius kerana kebanyakan petani kini mengalami kemerosotan sehingga 30 peratus produktiviti mereka. Justeru, Noh diingatkan supaya menumpukan perhatian menyelesaikan masalah itu daripada menjaga tepi kain orang.

Beberapa hari lalu, Sultan Selangor membatalkan keberangkatan ke majlis jamuan tengahari anjuran yayasan itu kerana dukacita dengan kosnya yang terlalu tinggi.

khalid ibrahim Sehubungan dengan itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor,  Mohd Sharifuldin Sulaiman bercuti selama sebulan.

Tindakan itu bagi memastikan siasatan terhadap perbelanjaan mewah bagi majlis sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu dilakukan dengan cepat dan bebas.

Dalam pada itu, Khalid hari ini menafikan dakwaan RM800,000 telah dibelanjakan oleh Yayasan Selangor untuk majlis makan tengah hari  itu.

Tegasnya kos majlis itu masih kekal RM300,000 sebagaimana dimaklumkan sebelum ini.

"Angka yang diberikan kepada saya hanya RM300,000," kata Khalid kepada pemberita di bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

"Biar beliau (Noh Omar) tampil dan menjelaskan (angka RM800,000)," kata beliau.

ADS