Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bukti kos RM800 ribu - Noh mahu MB mohon maaf
Diterbitkan:  Nov 17, 2010 7:08 AM
Dikemaskini: 11:16 PM

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata beliau sedia didakwa di mahkamah sekiranya dakwaannya mengenai kos penganjuran majlis sambutan ulang tahun  Yayasan Selangor mencecah RM800,000 terbukti tidak benar.

NONE Katanya beliau juga bersedia memberi penjelasan berhubung kenyataannya mengenai perkara itu, dengan syarat Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan ADUN tertentu yang mempertikaikan kesahihan dakwaan itu memohon maaf kepadanya terlebih dahulu.

Menurutnya beliau sanggup menyahut cabaran Menteri Besar untuk mendedahkan semua butiran mengenai perbelanjaan itu, dan jika apa yang didedahkan nanti tidak betul, dia sanggup disaman Khalid.

"Saya sanggup hadapi kenyataan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan alat tulis kepada pelajar yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2010 dalam kawasan Parlimen Tanjong Karang.

Majlis sambutan itu mulai mendapat perhatian Jumaat lalu apabila Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan membatalkan hasrat untuk berangkat ke majlis itu apabila dikatakan dukacita kerana kos mengadakannya amat tinggi.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum ini mendakwa kos majlis berkenaan menjangkau lebih RM800,000 dan sebahagian daripada jumlah itu sudah dibayar kepada syarikat yang diberikan kontrak untuk menganjurkannya.

Laporan sebelum ini menyebut perbelanjaan bagi mengadakan sambutan itu ialah RM300,000, termasuk untuk majlis jamuan tengah hari dan 90 peratus daripada jumlah itu dibayar terlebih dahulu kepada sebuah syarikat pengurusan acara.

NONE Sementara itu, bekas Pengurus Besar Yayasan Selangor, Takril Tasuki berkata dakwaan Abdul Khalid yang mengatakan Akaun yayasan itu tidak diaudit sejak empat tahun lalu adalah tidak benar.

Beliau berkata segala prosedur kewangan di Yayasan Selangor diikuti sepenuhnya sehingga persaraanya pada Ogos tahun lalu.

"Semua akaun Yayasan sudah diaudit sepanjang tempoh saya menjadi Pengurus Besar Yayasan Selangor. Barangkali, mungkin ada satu dua lewat disebabkan masalah teknikal melibatkan Universiti Industri Selangor dan Kolej INPENS," katanya.

- Bernama

ADS