Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Permohonan halang pemilihan PKR - Isnin ini
Diterbitkan:  Nov 19, 2010 12:43 PM
Dikemaskini: 7:56 AM

Bekas timbalan setiausaha agung PKR P Jenapala hari ini memfailkan afidavit sokongan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menyokong permohonannya untuk mendapatkan perisytiharan bahawa pemilihan yang diadakan bagi jawatan timbalan presiden parti itu tidak sah dan terbatal.

pkr keadilan indian faction pc 230507 jenapala Saman pemula yang difailkan oleh Jenapalan semalam akan didengar oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Isnin ini oleh Hakim Datuk Aziah Ali.

Jenapala hari ini hadir ke mahkamah bagi memfailkan afidavit melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak bagi menyokong saman pemula yang dibuatnya semalam di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas.

Beliau dalam afidavitnya itu menyatakan mahkamah sepatutnya membenarkan injunksi interlokutori untuk memastikan tiga defendan iaitu Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Syed Husin Ali dan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution, tidak meneruskan pemilihan dan perisytiharan.

Jenapala selaku plaintif berkata, ketiga-tiga defendan itu tidak prihatin kerana didakwa gagal memberi respon terhadap suratnya bertarikh 27 Sept lalu.

Jenapala protest outside PKR headquarters crowd Jenapala, 56, berkata beliau telah memberi beberapa surat kepada parti itu berhubung pengesahannya sebagai ahli parti itu yang layak dan boleh bertanding untuk jawatan timbalan presiden. 

Katanya beliau berhak bertanding kerana masih menjadi anggota parti itu kerana beliau adalah ahli seumur hidup.

Dalam saman pemulanya yang difailkan semalam, Jenapala berkata kenyataan media oleh Saifuddin pada 20 Sept lepas bahawa beliau telah dibuang daripada PKR adalah tidak berasas kerana keahliannya telah disahkan di ibu pejabat parti itu pada 17 Sept.

Jenapala mendakwa tidak pernah dimaklumkan oleh parti itu berhubung pengguguran keahliannya mahupun apa jua tindakan disiplin yang dikenakan terhadapnya.

Beliau menuntut faedah pada kadar lapan peratus setahun terhadap ganti rugi selain kos yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

ADS