Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketika membuat keputusan tidak mempertahankan jawatan timbalan presiden PKR, Dr Syed Husin Ali berkata beliau tidak menjangkakan persaingan bagi mengisi kekosongan itu "menjadi sebegini teruk".

"Ia menjadi teruk kerana ada pihak yang mengecam dan memburukkan parti, dengan bekerjasama dengan pihak-pihak luar, yang memusuhi parti dan pimpinan parti," kata veteran PKR itu.

Ketika diwawancara kelmarin, Dr Syed turut mengulas pelbagai perkara berhubung serangan bekas calon yang bertanding bagi menggantikannya Datuk Zaid Ibrahim dan sekitar kehangatan perebutan kerusi nombor dua itu.

Berikut sedutan wawancara tersebut yang dijalankan di pejabat Malaysiakini di Bangsar kelmarin:

Dalam ceramah Azmin, beliau menggunakan definasi Dr Syed tentang kesetiaan, pemimpin yang baik. Adakah Dr Syed Husin rasa selesa?

Saya sebut itu secara ikhlas. Saya hendak orang yang setia kepada perjuangan parti, pemimpin yang sanggup menjalankan tanggungjawab dan displin parti.

Kalau orang nak gunakan (nasihat) itu, gunakanlah. Seseorang boleh guna seperti itu, seseorang lagi boleh kata dia seperti itu. Dua-dua (calon) boleh guna perkataan itu.

NONE Keputusan (setakat minggu ketiga) menunjukkan Azmin sebelah kaki untuk menang?

Saya rasa dia (Azmin) boleh menang. Saya percaya kalau Zaid masuk pun, dia (Azmin) boleh menang. Saya percaya Zaid pun tahu, sebab dia tahu trend pencalonan. Tapi bila kita tahu, jangan memburukkan parti. Kenapa salahkan orang sahaja.

Jadi Dr Syed asalnya bukan buat keputusan untuk mengkritik Zaid?

Tidak... Saya jarang sekali berkata (mengeluarkan kenyataan), apatah lagi terhadap dia. Tetapi (sebaliknya) tengok apa yang dia sebut terhadap saya dan parti. Kita tidak mahu layan. Buat apa layan.

Dia selalu cakap apa yang dia buat (semata-mata) untuk baiki parti.

Kalau begitu, kita berbincang dalam mesyuarat parti. Kalau berterusan tujuh, lapan kali mesyuarat biro politik tak datang, apa ertinya?

Dan tak pernah waktu dia datang, dia menyebut, apa yang patut dilakukan oleh parti untuk memperbaikinya. Tak pernah sama ada melalui kata-kata atau melalui kertas. Semua ini dibuat diluar mesyuarat parti. Ini (punca) timbulnya (masalah).

Kalau misalnya kita tidak kemukankan dalam parti, mengikut proses parti, cara-cara untuk membaiki parti dan kita tahu Pakatan ada dasar terhadap akhbar tertentu, dan kita pergi ke situ, (jadi) seolah-olah kita melawan keputusan dan dasar Pakatan terhadap akhbar itu.

azlan Datuk Zaid dalam sidang akhbarnya, ketika ditanya apakah reaksi (peletakkan jawatannya) yang dijangka daripada parti, beliau berkata, Dr Syed akan gembira.

( Ketawa ) Saya tidak faham kenapa (peletakan jawatan) berkuatkuasa pada 16 Disember... Gembira atau tidak itu tafsiran dia. Tetapi saya merasakan ini satu perkembangan yang baik untuk parti bergerak ke hadapan dan maju tanpa ada banyak kekacauan.

Orang bertanya, kenapa tidak kenapa tidak ambi tindakan? Kita merasakan, kalau ambil (tindakan) disiplin, akan ditafsirkan seolah-oleh menyekat dia untuk bertanding. Tapi apa yang dilakukannya melanggar displin dengan serang parti dan kecam pimpinan.

Semua itu melanggar disiplin. Dan memang dari awal sifatnya begitu. Sama ada saya gembira ataupun tidak terserah kepadanya.

Melepaskan jawatan timbalan presiden, kalau tahu jadi macam ini, adakah akan kekal (tidak berundur)?

Itu tidak mejadi perkiraan. Saya telah nyatakan bahawa umur saya lanjut. Ssaya sudah 74 tahun, ada orang anggap nyanyuk. Tapi alhadulillah saya tidak nyanyuk. Kalau tidak saya tidak ada di sini (ketawa).

Saya nak tumpu perhatian untuk kerja penulisan selain (tumpu) kepada isteri dan anak cucu saya. Jadi (saya) buat keputusan (tidak mempertahankan jawatan).

Saya memang sangka ada persaingan, tapi tak sangka sehingga menjadi begini teruk. Ia menjadi teruk kerana ada pihak yang mengecam dan memburukkan parti, dengan bekerjasama dengan pihak-pihak luar, yang memusuhi parti dan pimpinan parti.

Pihak luar, media misalnya, media yang akan kaitan dengan parti-parti tertentu. Sebab pemilihan ini bukan sahaja dikomen buruk oleh media tertentu, tetapi juga dikomen oleh pemimpin parti politik tertentu.

Adakah dia (Zaid) masuk untuk porak peranda parti?

Saya tidak tahu, kena tanya dia ah... Niatnya kita tidak tahu. Tapi kita boleh menilai dengan kata-kata dan tindakannya.

Jadi adakah dengan kata-kata dan tindakan itu, memperbaiki atau merosakkan parti. Dari situ secara objektifnya, walau apa pun dia kata, kalau misalnya kata-kata membawa kepada kemudaratan kepada parti, gelarlah apa pun.

Kalau tak, tak ada orang nak gelar trojan horse atau musuh dalam selimut. Jadi terserahlah.

pkr egm bangi zaid ibrahim joins pkr event 130609 Setahun lebih beliau menyertai PKR, apa yang PKR harap daripada Zaid?

Saya tidak tahu, ada orang tuduh, saya tak ada bukti, dia minta masuk parti GERAKAN dulu. Tapi ada pihak dalam GERAKAN tidak mahu menerimanya kerana GERAKAN masih lagi dalam komponen BN.

Jadi kita terima dengan tangan terbuka. Sebelum dia masuk, dia minta nak jumpa saya, saya pergi jumpa dia di Tropicana Resort (di Petaling Jaya). Dia tanya beberapa soalan dan saya jawab. Saya ingat lagi, dan saya ada rekod soalan itu.

Saya berharap bahawa sesiapa sahaja yang masuk parti tentu ada niat yang baik untuk memberikan sumbangan kepada perkembangan parti.

Tapi saya kecewa, bila belum sempat beberapa bulan menjadi anggota, dia mulai serang parti kerana tidak sesuai dengan kehendak dia. Jadi saya rasa perbuatan ini tidak baik dan susah diterima.

Patutkah calon lain seperti Azmin memburukkan Datuk Zaid?

Sepatutnya tidak berlaku. Tapi jika kita lihat, benda itu bermula dengan satu pihak. Bermula dengan Zaid memburuk itu dan ini. Misalnya (kepada) saya sendiri. Dia bermula dengan interbiu saya dengan Merdeka Review.

Dalam Merdeka Review itu, saya serang kedua-dua (calon). Saya kata, yang satu ini kurang displin, tak datang mesyuarat. Yang satu lagi dianggap sombong, jarang menjawab SMS.

Jadi kedua-duanya mesti dibaiki. Saya percaya dia (Zaid) pun tidak baca interbiu itu. Dia kata dia dalam kereta, orang telefon dia, dia jawab saya ini nyanyuk.

Kalau dia baca, dia tak akan tuduh saya, (atau) menyatakan saya menuduh dia. Sebab saya (tegur) kedua-dua. Saya tidak beri indikasi untuk memihak kepada sesiapa.

Tapi dah jadi begitu... Itu pun saya tidak menjawab. Bila (dia) sebut saya nyanyuklah, nyanyulah, jadi saya tidak layan, sebab personal kan. Alhamdulillah, saya belum lagi nyanyuk. (ketawa).

Anwar Ibrahim Azmin Ali  at penanti nomination 23052009 Apakah Azmin ada kelemahan yang perlu diperbaiki?

Sebenarnya saya dah beri pandangan kepadanya secara peribadi. Ada yang beliau terima dan ada yang tidak terima. Kadang-kadang saya pun ada majukan mesej orang lain terhadapnya, ada kala dia (Azmin) marah.

Kerja saya untuk meyakinkan kepadanya. Tapi saya tidak nafikan beliau mempunyai sifat menjadi seorang pemimpin parti dan calon timbalan presiden. Ada kelemahan, saya pun ada kelemahan.

Semua orang ada kelemahan. Anwar pun ada kelemahannya yang tersendiri. Cuma soalnya bagaimana untuk mengatasi kelemahan itu.

Zaid (dilaporkan) kata Dr Syed Husin seorang yang nyanyuk. Kemudian dia membuat penjelasan bukan nyanyuk tapi nyanyu, tapi ia tidak mengubah apa-apa. Adakah Dr Syed terasa?

Saya tak terasa. Macam macam orang kata, tuduh saya, label saya. Jadi perkara ini kecil. Jadi, timbul soalan kepada saya, siapa yang nyanyuk....

Saya menyatakan tidak ada keputusan oleh Pakatan tentang (jawatan) penyelaras pakatan. Tidak ada siapa yang dilantik sebagai penyelaras Pakatan. Dia menyatakan demikian.

Ataupun, kalau dia tidak berkata demikian, akhbar dan media internet berulang-ulang kali sebut. Dan dia tidak nafikan. Jadi siapa yang lupa? Saya lupa atau dia yang lupa tentang hal ini?

Dalam laman web menyebut beliau sebagi wakil kepada PKR.

Betul dia wakil. Tiap-tiap parti dalam Pakatan ada dua, tiga wakil dalam sekretariat Pakatan. Dari mula Pakatan ditubuhkan, saya pernah menjadi seorang wakil parti. Dan bila mesyuarat parti di pejabat parti tertentu, wakil daripada parti politik tersebut akan mempengerusi mesyuarat.

NONE Jadi tidak ada salah seorang yang menyatakan awak (jadi) pengerusi tetap sekretariat. Kalau dia tidak sebut, media juga menyebutkan bahawa beliau menyiapkan manifesto Pakatan. Yang sebenarnya, saya tahu, deraf pertama itu ada orang lain yang tulis.

Dia sebagai anggota sekretariat bentangkan, tetapi seketariat bincang semula semula. Hantar balik kepada parti. Dan bila ia diputuskan (sebagai) manifesto yang terakhir, dia tidak ikuti mesyuarat kerana dia tidak suka ikuti mesyuarat ( ketawa ).

Yang dikemukakan dalam Konvensyen Pakatan adalah satu manifesto yang berbeza daripada yang asalnya. Dan masa diputuskan perkara itu, dia tidak berada dalam negara. Bila dia balilk, dia cuba nak berucap dalam konvensyen.

Ini soal kecil sebenarnya. Tetapi yang penting, kita mesti ikhlas dengan kebenaran. Kalau orang kata benda yang kita tidak buat, dan kita tidak nafikan, bahkan mengakui kita membuatnya, saya rasa ini satu masalah sikitlah.

Salah satu cadangan Zaid, supaya Anwar letak jawatan. Bukan sahaja beliau, tapi (bekas mufti Perlis) Dr Asri Zainul Abidin minta Anwar 'bersara politik'.

Dr Asri, Datuk Zaid Ibrahim dan Utusan Malaysia , dan pimpinan Umno, ia seolah-olah lagu sumbang dari okestra lapuk.

Anwar tetap relevan?

Saya rasa beliau tetap relevan dan mempunyai tenaga. Kadang-kadang saya kagum melihat (beliau) bertenaga dalam dan luar negara. Beliau masih boleh menyumbang dari segi tenaga dan pemikiran.

ADS