Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan penghakiman yang ditulis dalam bahasa Inggeris adalah sah dan memutuskan hakim mempunyai budi bicara yang luas untuk menulis penghakiman mereka sama ada dalam bahasa Melayu ataupun Inggeris.

Dalam keputusannya, mahkamah juga menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas penghakiman Mahkamah Rayuan berhubung saman fitnah yang difailkannya ke atas mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ia ditulis dalam bahasa Inggeris. Namun penghakiman mahkamah rayuan juga dibuat dalam bahasa Inggeris.

arifin zakaria 01 Dalam menolak permohonan itu, Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria berkata alasan penghakiman tidak terdiri daripada bahagian penghakiman itu sendiri.

Beliau berkata penghakiman membentuk sebahagian daripada prosiding tetapi menambah bahawa Akta Mahkamah Kehakiman, Perintah Mahkamah Persekutuan, Perintah Mahkamah Rayuan dan Perintah Mahkamah Tinggi dan perintah Mahkamah Rendah  memberikan kelainan antara penghakiman dan alasan penghakiman, di mana alasan hakim menyokong penghakiman atau perintah.

"Kita berpegang bahawa ia tidak bertentangan dengan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 8 NLA untuk alasan penghakiman sama ada dalam bahasa Inggeris, seperti dalam kes ini," kata Arifin.

Beliau bagaiamanpun berkata pihaknya memandang serius penggunaan bahasa Melayu di mahkamah.

Hakim Arifin merujuk pekeliling yang dikeluarkan oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hashim Yeop Sani, pada 1990 yang mana beliau berkata sekurang-kurangnya satu penghakiman mesti ditulis dalam bahasa kebangsaan.

Arifin berkata Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan (NLA) 1963/1967 memberikan peruntukan budibicara yang luas kepada mahkamah mengenai penggunaan bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris dalam mana-mana proseding demi keadilan.

lingam tape hearing 300108 vk lingam 02 Seksyen 8 menyatakan bahawa semua prosiding mahkamah di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan mana-mana Mahkamah Rendah, hendaklah dalam Bahasa Malaysia, kecuali di mana mahkamah boleh memerintahkan prosiding didengar sebahagiannya dalam bahasa kebangsaan dan sebahagiannya dalam bahasa Ingegris, menerusi usulnya sendiri atau permohonan mana-mana prosiding selepas memberikan pertimbangan terhadap kepentingan keadilan dalam prosiding berkenaan.

Sehubungan dengan penghakiman hari ini, Anwar juga diarahkan membayar kos mahkamah sebanyak RM70,000, meskipun peguam Mahathir - VK Lingam memohon RM100,000.

Lingam berkata pengujian tanda aras mesti dibuat bagi permohonan kes-kes Mahkamah Persekutuan sambil merujuk kepada satu penghakiman di mana mahkamah rayuan bersetuju kos RM100,000 diberikan.

Anwar kelihatan agak geram dengan penghakiman hari ini.

"Dia (Lingam) adalah seorang jutawan. Saya kalah kes ini. Ini adalah peguam Mahathir, jadi macam mana boleh kita menang?” katanya di luar mahkamah.

Peguamnya, Karpal Singh berkata mereka sedang mempertimbangkan untuk membuat rayuan.

azlan Keputuan ini dengan sendirinya membatalkan rayuan Anwar dalam kes saman malu RM100 juta yang dikemukakan ke atas mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dua lagi anggota panel hakim yang bersidang hari ini ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Suriyadi Halim Omar.

Pada 20 Oktober tahun lalu, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar atas sebab teknikal kerana tidak menyediakan memorandum rayuan dalam bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Malaysia.

Peguam Anwar juga dikatakan tidak menandatangani memorandum tersebut dan oleh itu, ia menjadi cacat.

Anwar telah menyaman fitnah matan perdana menteri itu berhubung kenyataan yang dibuatnya di satu sidang akhbar Suhakam.

ADS