Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Taib sudah ada 'inspirasi' tarikh pilihan raya S'wak
Diterbitkan:  Nov 24, 2010 1:14 PM
Dikemaskini: 5:17 AM

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, pulang dari Makkah hari ini dengan mendapat "inspirasi" mengenai tarikh pilihan raya negeri Sarawak.

azlan "Saya sudah ada inspirasi tetapi saya tidak akan memberitahu anda," katanya kepada pemberita di hangar Hornbill Skyways di Kuching.

Pilihan raya negeri Sarawak perlu diadakan sebelum Julai tahun depan dan ramai pemerhati politik meramalkan ia akan diadakan sama ada pada Mac atau April.

Taib berkata, apa yang perlu dilakukan sekarang ialah bagi jentera pilihan raya membuat persiapan.

Sarawak mempunyai 71 kerusi Dewan Undangan Negeri, 62 daripadanya dikuasai oleh BN.

Mengenai kedudukan ADUN, Larry Sng, yang kini tidak mewakili mana-mana parti setelah dipecat daripada Parti Rakyat Sarawak, satu daripada parti komponen BN, Taib berkata BN Sarawak menyerahkan kepada wakil rakyat itu untuk menentukan kedudukannya.

Taib yang juga Pengerusi BN Sarawak berkata, jika Sng ingin terus bersama BN beliau harus memohon menjadi ahli terus BN.

"BN Sarawak tidak akan menghalang sesiapa saja yang mahu menyokong BN," katanya.

- Bernama

ADS