Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Liwat II: Keputusan desak hakim tarik diri - 6 Dis

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 6 Disember depan bagi keputusan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya hakim menarik diri daripada mendengar kes perbicaraan liwat membabitkannya itu.

Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah membuat keputusan menangguhkan perbicaraan itu bagi memberi peluang kepada dirinya menilai permohonan menarik diri setelah mendengar hujah pendakwaraya hari ini.

azlan "Saya akan teliti semula dan beri keputusan pada 6 Disember pada hari perbicaraan disambung," katanya.

Peguam Cara Negara II, yang mengetuai pasukan pendakwaan, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin juga tidak hadir hari ini selepas tidak hadir semalam kerana demam. Beliau digantikan  oleh Timbalan Pendakwaraya, Mohd Hanafiah Zakaria.

Hanafiah dalam hujahnya menegaskan tiada unsur ugutan oleh hakim Zabidin seperti yang didakwa oleh peguambela utama, Karpal Singh kerana hakim hanya menterjemah undang-undang dari sudut pandangan beliau.

"Oleh kerana Yang Arif telah benarkan akses borang laporan protokol  'pro-forma' (laporan perubatan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan), ini menunjukkan Yang Arif tidak berat sebelah,” katanya.

Hanafiah berkata alasan peguambela tidak konsisten dan pihak pembelaan hanya berminat menangguhkan perbicaraan.

"Tiada siapa boleh mengatakan hakim bersikap berat sebelah. Untuk melucutkan hakim mesti ada alasan kukuh. Tuduhan mengugut tidak munasabah,” katanya.

NONE Peguambela yang diwakili oleh Datuk Param Cumarasawmy ingin membalas hujah namun ditolak hakim selain menyuruh beliau menfailkan ke mahkamah pada hari Selasa minggu hadapan.

Karpal tidak hadir kerana berada di Mahkamah Rayuan untuk kes lain.

Anwar yang ditemui media di perkarangan mahkamah walaubagaimanapun enggan mengulas keputusan hakim.

Ini merupakan kali kedua Anwar memohon supaya hakim perbicaraan menarik  diri. Yang pertama selepas hakim enggan mengenakan tindakan menghina mahkamah terhadap Utusan Malaysia berhubung laporan yang didakwa pembelaan predudis terhadap kes itu.

NONE Permohonan pertama itu ditolak Hakim Mohamad Zabidin serta oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkaman Persekutuan.

Anwar, 63, didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam  3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

ADS