Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zainon, Steven terima anugerah personaliti media
Diterbitkan:  Nov 26, 2010 11:00 PM
Dikemaskini: 6:03 PM

Editor politik akhbar The Sun Zainon Ahmad dan ketua pengarang kumpulan portal berita Malaysiakini Steven Gan dipilih menerima anugerah personaliti media  2010 oleh Persatuan Ejen Pengiklanan Akreditasi Malaysia (4As).

Ia adalah sebahagian daripada Anugerah Kancil - yang merupakan anugerah terbesar dan paling berprestij dari industri pengiklanan di negara.

cij press freedom central market 030508 zainon pak non Zainon (kiri) dan Gan menerima anugerah tersebut dari presiden 4As Datuk Vincent Lee di majlis makan malam yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, di mana kira-kira 90 pingat pengiktirafan diberikan untuk karya kreatif terbaik pengiklanan dalam pelbagai

kategori - filem, radio, cetak dan digital.

Lee berkata, anugerah itu diberikan sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian luar biasa Zainon dan Gan sebagai wartawan yang "mencari kebenaran tanpa rasa gentar".

Ketika menerima anugerah tersebut, Gan menyifatkan penghargaan itu sebagai  sesuatu yang istimewa kerana ia dianugerahkan oleh industri pengiklanan.

steven gan 201107 "Anugerah seumpama ini bukanlah untuk hasil usaha seorang individu

sahaja. Oleh itu, saya mengucap ribuan terima kasih kepada kakitangan Malaysiakini - baik dulu dan sekarang - yang membantu meletak portal berita ini pada kedudukannya sekarang".

Ulangtahun ke-11 Malaysiakini

Menurut Gan (kanan), penghargaan itu tepat pada waktunya kerana Malaysiakini merayakan ulang tahunnya yang  ke-11 enam hari lalu. Ini adalah tahun kedua anugerah personaliti media diberikan.

Tahun lalu, editor The Sun dan kolumnis R Nadeswaran, yang lebih dikenali sebagai Citizen Nades, memenangi anugerah personaliti media ini.

Ini juga juga merupakan kali kedua dalam tahun ini Malaysiakini menerima anugerah.

Mac lalu, Malaysiakini dipilih menerima Anugerah Jenama Putra, sebagai jenama paling digemari di negara ini.

Malaysiakini terpilih sebagai enam jenama media paling popular di samping stesen TV Astro, TV3, 8TV, akhbar Star dan enjin carian global Google.

ADS