Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Di sebalik kegagalan protes kumpulan "baju hitam" di Kongres Pemuda dan Wanita PKR semalam, asakan terhadap jawatankuasa pemilihannya berterusan apabila muncul banyak risalah dan kain rentang mempersoalkan perjalanannya.

Risalah tersebut dikesan ditabur di sekitar Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) - tempat kongres nasional PKR berlangsung - sehingga ke kompleks membeli-belah Amcorp, berdekatan Jalan Sultan dan Jalan Barat.

pkr congress 271110 azmin ali Kelihatan beberapa kain rentang digantung, antaranya bertulis "We demand reform" (kami tuntut reformasi) dan "Reformasi dan keadilan 'tersangkut' akibat kronisme".

Turut dikesan risalah yang menggunakan susun letak hampir sama dengan akhbar organ parti Suara Keadilan dengan paparan muka depan berjudul "Kotor, tidak adil dan salah guna kuasa'.

Memuatkan gambar perhimpunan bantahan bekas setiausaha PKR P Jenapala di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya sebelum ini, risalah bersaiz tabloid itu mendakwa "aktivis reformasi" kecewa dengan sikap pucuk pimpinan yang dikatakan mementingkan pangkat dan kedudukan selesa di sisi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Risalah empat muka surat itu mendakwa, pemimpin PKR tidak bersungguh-sungguh menangani permasalahan yang dibangkitkan dan hanya melepaskan batuk di tangga dan sekadar menyapunya di bawah karpet.

suara reformasi in pkr congress 2010 "Gesaan agar JPP diperkemas tidak dipedulikan. Desakan supaya pemilihan ditangguhkan juga dibakulsampahkan," laporan itu dipetik.

Bagaimanapun, tidak pasti pihak mana yang bertanggungjawab mengedarkannya.

Menyenaraikan 10 dakwaan penyelewengan, risalah itu - Suara Reformasi - turut memuatkan gesaan calon timbalan presiden PKR Datuk Zaid Ibrahim supaya Anwar dan Naib Presiden Azmin Ali berundur daripada parti.

Dimuatkan juga dakwaan kritikan Jenapala dan calon Ketua Pemuda PKR (AMK) Badrul Hisham Shaharin berhubung perjalanan pemilihan langsung kali pertamanya.

pkr congress 271110 ks kotappan Sementara itu, Bernama melaporkan, demonstrasi yang bermula pada pukul 9.15 pagi itu diketuai bekas bendahari PKR Selangor KS Kottapan.   

Menurut Kottapan demonstrasi itu diadakan kerana mereka tidak berpuas hati dengan perjalanan pemilihan PKR dari peringkat cabang hingga peringkat pimpinan pusat.

   

Kottapan, yang sebelum ini adalah calon ketua cabang PKR Kota Raja, mendakwa bahawa walaupun beberapa surat bantahan telah dihantar kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) namun tiada tindakan diambil.

   

"Kami tidak bermaksud buat kacau, cuma ingin menyuarakan rasa hati kerana seluruh ahli parti tahu pemilihan parti itu tipu, tidak betul.

   

"Demonstrasi ini bukan untuk saya tetapi mewakili seluruh ahli parti yang tidak berpuas hati perjalanan pemilihan PKR... dan JPP tak siasat pun dan JPP adalah berat sebelah," katanya kepada pemberita.

   

pkr congress 271110 anwar anak tiri india Kumpulan yang berdemonstrasi itu turut mengibarkan beberapa kain rentang yang bertulis "Kami tuntut pemilihan PKR dibuat semula, hentikan korupsi", "No Hindraf No Tsunami", dan "anak India anak tiri Anwar, Anak Melayu anak saya, anak Cina anak saya, anak India anak saya, anak Iban anak saya".

Pada satu peringkat, beberapa pemuda memakai baju T berlambangkan "SKUAD" PKR dilihat cuba menghalang kumpulan itu daripada mengadakan demonstrasi dan menyuraikan mereka.

   

pkr congress 271110 chasing media Dalam kekecohan itu, beberapa wartawan dan jurugambar turut ditolak

petugas parti yang cuba menghalang mereka daripada membuat liputan.

   

Demonstrasi itu berakhir pada kira-kira pukul 10 pagi.

Kumpulan itu beredar dengan mengatakan bahawa mereka akan mengadakan satu

lagi demonstrasi pada pukul 11 pagi tetapi sehingga pukul 11.30 pagi, tidak kelihatan mana-mana kumpulan mengadakan demonstrasi. 

ADS